BENGKEL PEMURNIAN DOKUMEN PEROLEHAN | PEJABAT BURSAR
» BERITA » BENGKEL PEMURNIAN DOKUMEN PEROLEHAN

BENGKEL PEMURNIAN DOKUMEN PEROLEHAN

Serdang, 9 Januari 2026 – Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan (BKKP) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Dokumen ISO yang berlangsung selama satu setengah hari bertempat di Foyer Dewan Taklimat, Serdang. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 11 orang staf dan pegawai BKKP yang terlibat secara langsung dalam pengurusan perolehan universiti.

Bengkel dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Puan Ana Azrin selaku wakil penganjur, diikuti dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Encik Muhammad Hilmi bagi memohon keberkatan dan kelancaran sepanjang program berlangsung. Seterusnya, ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Ketua Bahagian BKKP yang menjelaskan tujuan bengkel ini diadakan, iaitu bagi menambah baik dan menyeragamkan dokumen ISO berkaitan perolehan agar selari dengan keperluan semasa.

Sepanjang bengkel, sebanyak 24 dokumen ISO telah diteliti dengan pembahagian peserta kepada tiga kumpulan kerja. Perbincangan tertumpu kepada penetapan spesifikasi am bagi beberapa jenis perkhidmatan dan bekalan, selain cadangan mewujudkan sebuah Google Site bagi mempamerkan maklumat berkaitan perolehan secara lebih sistematik dan mudah diakses.

Pada hari pertama, semua dokumen telah dipinda dan seterusnya dibentangkan oleh ahli kumpulan untuk mendapatkan maklum balas. Selepas proses pemurnian oleh Ketua Bahagian, dokumen bersih telah disediakan dan disimpan dalam Google Drive yang ditetapkan. Secara keseluruhan, bengkel ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi impak positif kepada kecekapan pengurusan perolehan BKKP.

Tarikh Input: 10/01/2026 | Kemaskini: 10/01/2026 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
W, (03:59:45pm-04:04:45pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]