Serdang, 25 April 2025 – Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemurnian Laman Web pada 22 dan 25 April 2025 bertempat di Bilik Latihan Zetta, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC). Bengkel telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Laman Web Pejabat Bursar iaitu, Puan Norani binti Abdullah. Semasa bengkel ini setiap peserta telah diberikan pembahagian tugasan dan peserta akan melihat bahagian masing-masing.
Bengkel ini melibatkan seramai 12 ahli Jawatankuasa Laman Web Pejabat Bursar yang bertanggungjawab melakukan semakan terperinci terhadap kandungan laman sesawang rasmi pejabat. Tujuan utama bengkel ini ialah untuk memastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini, tepat dan relevan serta mesra pengguna bagi memudahkan pihak luar untuk mencari maklumat melalui laman web Pejabat Bursar. Laman web ini juga perlu selaras dengan peraturan yang telah digariskan oleh pihak iDEC untuk melayakkan Pejabat Bursar menyertai pertandingan HKIP 2025/2026.
Antara aktiviti utama bengkel termasuk:
Melalui bengkel ini, Pejabat Bursar beriltizam untuk meningkatkan kualiti penyampaian maklumat dalam talian dan memudahkan capaian pengguna dalaman serta luaran. Usaha berterusan akan diambil bagi memastikan laman web Pejabat Bursar kekal sebagai platform yang mesra pengguna dan informatif.

Tarikh Input: 30/04/2025 | Kemaskini: 30/04/2025 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.