BENGKEL PENGENDALIAN SISTEM PENGURUSAN ASET (FAMS) | PEJABAT BURSAR
» BERITA » BENGKEL PENGENDALIAN SISTEM PENGURUSAN ASET (FAMS)

BENGKEL PENGENDALIAN SISTEM PENGURUSAN ASET (FAMS)

SERDANG – 20 Julai 2020 :  Bahagian Kewangan Pengurusan Aset, Pejabat Bursar telah mengadakan Bengkel Pengendalian Sistem Pengurusan Aset (FAMS) bagi memantapkan kemahiran penggunaan sistem tersebut. Bengkel yang disertai seramai 89 Pegawai Aset PTJ dan Pembantu Pegawai Aset PTJ ini telah diadakan pada 20 Julai 2020 secara telesidang.

Peserta telah diberi taklimat pengendalian Sistem FAMS yang merangkumi proses mengemaskini maklumat aset, merekod workorder dan mengeluarkan laporan. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan mengenai keperluan peraturan berkuatkuasa tetang pendaftaran maklumat aset dan kepentingan untuk memastikan maklumat aset direkodkan dengan betul dan tepat.

Secara keseluruhannya, bengkel yang diadakan bertujuan untuk memberi kepada pemahaman kepada staf mengenai pengedalian sistem FAMS dan peringatan untuk memastikan maklumat aset betul dan tepat terutama kepada Pegawai Aset PTJ dan Pembantu Pegawai Aset PTJ yang baharu dilantik.

Untuk muat turun slide taklimat, sila klik.

 

Tarikh Input: 27/07/2020 | Kemaskini: 13/02/2023 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEbJAX~