Bengkel Pengendalian Sistem Pengurusan Stor (ESTOR) | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Bengkel Pengendalian Sistem Pengurusan Stor (ESTOR)

Bengkel Pengendalian Sistem Pengurusan Stor (ESTOR)

SERDANG – 14 Julai 2020 :  Bahagian Kewangan Pengurusan Aset (BKPA), Pejabat Bursar telah mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Pengendalian Sistem Pengurusan Stor (eStor) pada 14 Julai 2020 kepada Pegawai Stor Pusat Tanggung jawab (PTJ) sebagai satu langkah mematuhi SOP sepanjang tempoh PKPP ini.

“Sistem Pengurusan Stor (eStor) merupakan aplikasi yang dibangunkan untuk tujuan kawalan dan pemantauan stor dan telah dibangunkan mengikut kaedah Kawalan Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PPP, Bidang AM-Pengurusan Aset yang telah berkuatkuasa pada tahun 2014” ujar Ketua Bahagian Kewangan Pengurusan Aset, Encik Mohd ‘Akhi bin Abu Bakar di dalam ucapan aluan beliau.

Matlamat utama bengkel tersebut adalah untuk meningkatkan dan memantapkan kemahiran Pegawai Stor dalam penggunaan Sistem eStor disamping memastikan pengurusan stor Universiti adalah teratur dan lebih sistematik.

Bengkel telah disampaikan oleh Encik Mohd Hafiz bin Amrullah, Penolong Bendahari, Seksyen Pengurusan Stor, Pejabat Bursar secara atas talian, dan disertai seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Stor dan wakil PTJ. Turut bersama dalam bengkel tersebut adalah Puan Junaidah binti Md Isa, Penolong Bendahari, Seksyen Pengurusan Aset bersama Ketua Bahagian Kewangan Pengurusan Aset, Encik Mohd ‘Akhi bin Abu Bakar.

Peserta yang terlibat telah diberi taklimat dan latihan secara terus berkenaan pengendalian Sistem eStor yang merangkumi beberapa modul utama iaitu modul pendaftaran stok (daftar lokasi dan kod stok), modul penerimaan stok (stok baru diterima dari pembekal), modul pengeluaran stok (pengeluaran secara talian dan pengeluaran terus) dan modul pelaporan (laporan berkaitan stok).

Diharapkan dengan adanya bengkel ini, serba sedikit dapat membantu memberi kefahaman yang lebih terperinci mengenai cara pengendalian Sistem eStor dengan betul khususnya kepada Pegawai Stor PTJ yang baharu dilantik dan sedia ada.

.

  

Tarikh Input: 27/07/2020 | Kemaskini: 18/11/2020 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEbDAI~