BENGKEL SEMAKAN DOKUMEN ISO PEROLEHAN | PEJABAT BURSAR
» BERITA » BENGKEL SEMAKAN DOKUMEN ISO PEROLEHAN

BENGKEL SEMAKAN DOKUMEN ISO PEROLEHAN

SERDANG : 14 Julai 2020 – Bahagian Kewangan Pengurusan Perolehan ,Pejabat Bursar telah mengadakan Bengkel Semakan Dokumen ISO Proses Utama Perolehan pada 14 Julai 2020 bertempat di Foyer Dewan Taklimat Serdang.

 

Ketua Bahagian Pengurusan Perolehan berkata, hasrat utama bengkel ini bertujuan untuk membuat penambahbaikan berterusan terhadap pengurusan perolehan Universiti di samping menyemak semula dokumen seperti prosedur, garis panduan, borang dan arahan kerja agar selari dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia serta peraturan yang berkuat kuasa.

 

“Semakan terakhir dokumen perolehan adalah pada tahun 2018, dengan penganjuran bengkel ini, diharap kita dapat mengemaskini dokumen perolehan yang sentiasa menjadi rujukan Pusat Tanggung Jawab dan juga Pejabat Bursar sendiri.“Bengkel ini akan memberi fokus kepada pindaan terhadap garis panduan yang terdiri daripada tiga belas (13) garis panduan kategori Sokongan dan enam (6) garis panduan kategori Operasi selaras dengan perubahan pekeliling berkuatkuasa”

 

“Peserta bengkel juga akan dibahagikan kepada lima kumpulan untuk menyemak dan mengesyorkan pindaan dokumen yang berkaitan”, katanya dalam ucapan pembukaan bengkel berkenaan.Dokumen lain yang terlibat untuk pindaan semasa bengkel tersebut adalah satu (1) prosedur, satu (1) arahan kerja dan sembilan (9) borang bagi kategori Sokongan, manakala bagi kategori Operasi adalah satu (1) prosedur dan dua (2) borang.

 

Bengkel ini telah di hadiri oleh hampir semua ahli Jawatankuasa Perolehan yang baru di lantik bagi tempoh dua (2) tahun untuk sama-sama menyumbang idea bagi memastikan peraturan serta prosedur perolehan yang terkini dapat dipatuhi oleh semua pihak yang menguruskan perolehan Universiti.

 

Pautan gambar

Tarikh Input: 26/07/2020 | Kemaskini: 06/12/2020 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFCXAW~