SERDANG, 31 Mac 2026- Sistem Pengurusan Kualiti ISO memainkan peranan penting dalam memastikan setiap proses kerja dilaksanakan secara teratur, sistematik dan mematuhi piawaian yang ditetapkan. Pematuhan terhadap standard ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi, malah turut menjamin ketelusan serta akauntabiliti dalam pengurusan, khususnya yang melibatkan urusan kewangan. Sehubungan itu, usaha semakan dan penambahbaikan dokumen secara berkala adalah penting bagi memastikan ia sentiasa relevan dan selaras dengan keperluan semasa
Sehubungan dengan itu, satu Bengkel Semakan Dokumen Pembayaran ISO Pejabat Bursar telah diadakan pada 31 Mac 2026 (Selasa) dan 1 April 2026 (Rabu), dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Program ini berlangsung di Putra Future Classroom, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Bengkel ini melibatkan semakan menyeluruh terhadap 3 prosedur, 2 garis panduan, 3 senarai semak serta 2 borang yang berkaitan dengan proses pembayaran. Seramai 28 orang staf Pejabat Bursar telah menghadiri bengkel ini, terdiri daripada 11 pegawai dan 17 penolong akauntan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan dan dokumentasi.
Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk menyemak dokumen-dokumen sedia ada yang hampir mencapai tempoh semakan lima (5) tahun. Selain itu, usaha pemurnian turut dilaksanakan bagi memastikan setiap dokumen sentiasa relevan, jelas dan mematuhi keperluan semasa. Penambahbaikan proses kerja juga diberi penekanan, khususnya yang melibatkan penggunaan dan pengurusan peruntukan sumber dalaman agar lebih cekap dan sistematik.
Melalui bengkel ini, diharapkan semua dokumen pembayaran ISO dapat dikemas kini dengan lebih tersusun serta menyokong peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan Pejabat Bursar secara berterusan. Selain itu, bengkel ini juga menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman dalam kalangan staf yang terlibat
Tarikh Input: 31/03/2026 | Kemaskini: 31/03/2026 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.