DEBARAN BAHARU BAGI PENILAIAN AKHIR EKSA | PEJABAT BURSAR
» BERITA » DEBARAN BAHARU BAGI PENILAIAN AKHIR EKSA

DEBARAN BAHARU BAGI PENILAIAN AKHIR EKSA

Serdang, 28 Oktober 2022- Sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan tahun 2022 Pejabat Bursar telah mengambil inisiatif untuk menyertai pertandingan bagi salah satu kategori HKIP iaitu Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja. Penilaian peringkat pertama telah diadakan pada 12 September 2022 untuk pemilihan senarai PTJ yang akan disenarai pendekkan bagi penilaian akhir. Alhamdulillah Pejabat Bursar telah berjaya disenaraipendek untuk Penilaian Akhir Anugerah sempena HKIP UPM 2022. Bagi mempersiapkan Pejabat Bursar untuk penilaian akhir tersebut, setiap sudut telah ditambahbaik dan Pengerusi EKSA Pejabat Bursar telah melakukan audit kendiri ke setiap Zon (Zon Yen, Zon Dinar, Zon Euro dan Zon Cruizero) pada 04 Oktober 2022.

Pada 07 Oktober 2022, Pejabat Bursar telah menerima seramai 3 orang panel penilai yang terdiri daripada Dr Noor Hamzani Farizan , Puan Zaidina Mohd Daud, Puan Nik Hafzani Nik Hassan dan Puan Siti Noriza Samad telah menjalankan audit di setiap ruang sudut Pejabat Bursar termasuk di Bahagian Pembayaran Operasi Berpusat (BPOB). Para penilai amat berpuas hati dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua staf Pejabat Bursar untuk merealisasikan program EKSA tersebut. 

Keputusan akan diketahui semasa majlis Hari Kualiti dan Inovasi Pelanggan yang dijangka akan berlangsung pada Disember 2022. Semoga Pejabat Bursar beroleh kemenangan dan segala usaha yang dicurahkan akan membuahkan hasil yang memuaskan.

#pejabatbursarbersatuhati.

Tarikh Input: 28/10/2022 | Kemaskini: 28/10/2022 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDBAe~