FUTSAL LELAKI DAN WANITA – PASUKAN G8 SUMBANG 9 MATA | PEJABAT BURSAR
» BERITA » FUTSAL LELAKI DAN WANITA – PASUKAN G8 SUMBANG 9 MATA

FUTSAL LELAKI DAN WANITA – PASUKAN G8 SUMBANG 9 MATA

Serdang, 7 Julai 2025- Acara futsal lelaki dan wanita merupakan salah satu acara yang dipertandingkan semasa SUSTAF 2025. Acara ini telah mempamerkan persaingan yang agak sengit melibatkan 8 gabungan PTJ di UPM. Acara Futsal untuk lelaki dan wanita telah diadakan pada 5 Julai 2025 (Sabtu) bertempat di Gelanggang Futsal, Akademi Sukan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang.  Futsal lelaki dan Wanita turut disertai oleh staf Pejabat Bursar. Pasukan Futsal G8, lelaki dan wanita telah mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan dan sentiasa berjuang hingga ke titisan yang terakhir.

Pasukan futsal lelaki berjaya melepasi beberapa halangan dan akhirnya muncul sebagai Johon untuk acara ini. Kemenangan ini telah memberi 9 mata kepada pasukan G8, manakala futsal wanita pula telah mengalami kekalahan pada peringkat kumpulan dan hanya memberi 1 mata kepada pasukan.  Walau bagaimana pun, semangat berpasukan yang ditunjukkan, disiplin yang tinggi serta strategi permainan yang mantap menjadi kunci kejayaan pasukan G8. Setiap pemain menunjukkan kesungguhan dan semangat juang yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung. Kekalahan bukan penghalang buat pasukan wanita G8, malah menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan pada edisi SUSTAF akan datang. SUSTAF 2025 menjadi platform penting untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga staf UPM.

Semoga kejohanan seperti ini akan terus mencungkil bakat baharu dan dapat mewakili universiti dalam acara sukan staf peringkat Universiti Awam pada tahun ini serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti kampus. Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah mengharumkan nama Pasukan G8.

 

 

 

Tarikh Input: 14/07/2025 | Kemaskini: 14/07/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
W, (06:33:26pm-06:38:26pm, 22 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]