GOTONG ROYONG EKSA BIL 2 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » GOTONG ROYONG EKSA BIL 2

GOTONG ROYONG EKSA BIL 2

SERDANG, 9 Mei 2025 – Program Gotong-Royong Perdana EKSA 2.0, Pejabat Bursar telah diadakan bertujuan untuk memastikan persekitaran kerja yang kondusif, bersih dan selaras dengan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang telah diterapkan di Pejabat Bursar Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program ini melibatkan penyertaan aktif seluruh warga Pejabat Bursar, termasuk pengurusan tertinggi, pegawai serta kakitangan sokongan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program gotong-royong ini termasuklah, pembersihan kawasan bilik dan ruang kerja, penyusunan semula ruang kerja, pengemaskinian label dokumen, mencantikan ruang serta pelupusan barang usang mengikut garis panduan EKSA. Tujuan gotong-royong juga diadakan sempena penilaian peringkat pertama EKSA oleh penilai luar yang dilantik oleh Pejabat Bursar sendiri. Penilaian peringkat pertama akan diadakan mulai 7 April hingga 6 Jun 2025 yang melibatkan semua PTJ di UPM yang akan membawa markah sebanyak 40% dan selebihnya penilaian peringkat kedua akan diadakan pada 2026.

Melalui pelaksanaan program ini, bukan sahaja aspek kebersihan dan kekemasan diberi perhatian, malah semangat kerjasama dan budaya kerja berpasukan turut diperkukuhkan dalam kalangan warga kerja. Ini sejajar dengan aspirasi UPM untuk mengekalkan persekitaran kerja yang profesional, sistematik dan efisien selaras dengan nilai-nilai murni dalam EKSA.

Pejabat Bursar komited untuk terus mengekalkan amalan terbaik EKSA demi memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan menyumbang kepada kecemerlangan pengurusan universiti secara keseluruhan.

Dengan komitmen dan kerjasama semua warga pejabat, diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang sistematik, teratur dan harmoni selaras dengan prinsip EKSA.

Tarikh Input: 13/05/2025 | Kemaskini: 13/05/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
S, (06:49:23pm-06:54:23pm, 11 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]