JERAYAWARA SISTEM KEWANGAN PUTRA FINANCE | PEJABAT BURSAR
» BERITA » JERAYAWARA SISTEM KEWANGAN PUTRA FINANCE

JERAYAWARA SISTEM KEWANGAN PUTRA FINANCE

SERDANG-11 Januari 2024: Sistem Government Resource Planning atau dijenamakan semula sebagai Sistem Putra Finance akan mula digunakan mulai 15 Januari 2024 oleh semua Pusat Tanggungjawab termasuk Pejabat Bursar di Universiti Putra Malaysia Kampus Serdang dan Kampus Bintulu. 5 siri jelajah yang dinamakan sebagai jerayawara untuk memberi kefahaman dan mendapat maklumbalas daripada PTJ telah diadakan oleh Pejabat Bursar di UPM Kampus Serdang serta turut dihadiri oleh staf UPM Kampus Bintulu secara atas talian pada 8 Januari 2024, 10 Januari 2024 dan 11 Januari 2024.

 

Perasmi bagi setiap sesi adalah Puan Bursar atau Encik Yusri Hashim yang bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendigitalan dan merangkap Timbalan Bendahari Kanan, Pejabat Bursar.

Sesi pertama yang berlansung di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra ini dimulakan dengan taklimat kepada semua staf Pejabat Bursar iaitu seramai 163 orang yang menjadi benteng utama di dalam pelaksanaan sistem kewangan Putra Finance ini dan merupakan penggerak terpenting bagi memastikan semua proses kewangan dapat direkodkan dengan betul sekaligus menghasilkan Penyata Kewangan yang tepat . Penceramah yang telah dijemput untuk memberi penerangan berkenaan ciri utama sistem serta modul yang digunapakai termasuk beberapa tips dan trick yang boleh digunakan oleh pengguna untuk melancarkan proses kewangan turut dikongsi oleh penceramah iaitu Puan Noraini binti Abdullah.

 

Sesi seterusnya diteruskan pada petang Isnin, 8 Januari 2024 dengan jemputan kepada PTJ Bahagian,Pejabat dan Kolej Kediaman. Seramai 163 peserta menghadiri sesi ini yang disampaikan oleh Puan Yusnawati Mat Isa yang bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang

 

Hari kedua jerayawara iaitu pada 10 Januari 2024 menyaksikan kehadiran staf daripada PTJ Institut dan Pusat seramai 319 orang yang terdiri daripada golongan pelaksana,pentadbir dan pensyarah yang begitu teruja untuk menyaksikan pembentangan daripada Puan Hafizah Misran di Auditorium Fakulti Pengajian Pendidikan mulai jam 9.00 pagi. Manakala pada sesi petang yang berakhir pada jam 4.30 petang menyaksikan kehadiran daripada PTJ fakulti bidang sosial seramai 390 orang termasuk kehadiran di atas talian iaitu wakil PTJ di UPM Kampus Bintulu. Sesi ini disampaikan oleh Puan Yusnawati Mat Isa dan mendapat pelbagai persoalan daripada peserta.

 

Puan Bursar turut menyampaikan ucapan penutup pada sesi terakhir 11 Januari 2024 yang dihadiri oleh PTJ fakulti bidang sains dan teknikal seramai 252 orang dengan meminta kerjasama penuh daripada semua PTJ serta memberikan maklumbalas membina bagi menambahbaik pelaksanaan sistem ini memandangkan UPM merupakan Universiti Awam pertama yang menaiktaraf sistem kewangan secara komprehensif. Penceramah bagi sesi ini ialah Puan Hafizah Misran yang turut menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh peserta.

 

Semoga sesi jerayawara yang dilaksanakan oleh Pejabat Bursar ini memberikan impak yang baik terhadap penerimaan secara terbuka oleh warga kerja Pejabat Bursar demi mencapai matlamat 5 di dalam Pelan Strategik UPM 2021-2025

Tarikh Input: 14/01/2024 | Kemaskini: 14/01/2024 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEcOAg~