JUARA LAGI : PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG 2022 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » JUARA LAGI : PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG 2022

JUARA LAGI : PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG 2022

Serdang, 31 Ogos 2022- Selepas penjurian yang mendebarkan pada 29 Ogos 2022, Pejabat Bursar sekali lagi dihujani dengan ucapan tahniah oleh warga UPM apabila dinobatkan sebagai juara Pertandingan Kibar Jalur Gemilang di dalam Majlis Sambutan Ambang Merdeka ke 65 yang diadakan di perkarangan Dewan Besar , Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Anugerah disampaikan oleh Yang Hormat Dato’ Naib Canselor kepada Bursar UPM di dalam majlis yang dihadiri oleh wakil Pusat Tanggungjawab termasuk wakil Pejabat Bursar seramai 30 orang.

 

Kemeriahan sambutan pada malam 30 Ogos 2022 tersebut adalah untuk meraikan detik 12 tengah malam bagi menyambut sambutan Hari Kemerdekaan ke 65 tahun pada 31 Ogos 2022. Majlis yang bermula pada jam 9.30 malam itu menyaksikan laungan ‘Merdeka!Merdeka!Merdeka! sebanyak 7 kali oleh Naib Canselor UPM tepat jam 12 tengah malam yang disambut penuh semangat dan meriah oleh semua warga yang hadir termasuk warga Pejabat Bursar.

 

Kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh warga Pejabat Bursar selepas bertungkus lumus sepanjang persediaan untuk menjuarai Pertandingan Kibar Jalur Gemilang sempena Program Semarak Merdeka UPM 2022 anjuran Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini. Hadiah wang tunai yang diterima sebanyak RM600, piala pusingan dan sijil penyertaan menjadi pembakar semangat semua warga Pejabat Bursar untuk terus maju dan berusaha lebih gigih di dalam pertandingan akan datang

 

Tarikh Input: 05/09/2022 | Kemaskini: 05/09/2022 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEaUAT~