KEJOHANAN SUSTAF 2025- KEJAYAAN BERTERUSAN PEJABAT BURSAR | PEJABAT BURSAR bursar
» BERITA » KEJOHANAN SUSTAF 2025- KEJAYAAN BERTERUSAN PEJABAT BURSAR

KEJOHANAN SUSTAF 2025- KEJAYAAN BERTERUSAN PEJABAT BURSAR

Serdang, 1 Julai 2025- Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) 2025 yang akan berlangsung mulai 30 Jun hingga 27 Julai 2025. SUSTAF biasanya akan diadakan semasa cuti akhir semester iaitu pada bulan Julai setiap tahun. Penganjuran SUSTAF akan menjadi platform penting bagi menggalakkan penglibatan aktif staf UPM dalam aktiviti kesukanan, di samping memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara staf dan mengekalkan kesihatan yang baik dalam kalangan staf UPM daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ).

SUSTAF pada tahun ini terdiri daripada 8 gabungan yang melibatkan beberapa PTJ dalam satu gabungan untuk membolehkan setiap gabungan menyertai 16 acara sukan untuk dipertandingkan.

Pejabat Bursar tidak terkecuali untuk turut serta dalam SUSTAF. Pejabat Bursar telah diletakkan dalam Gabungan 8 bergabung dengan PTJ seperti berikut:

Antara acara sukan yang akan dipertandingkan dan tarikh perlawanan adalah seperti berikut:

BIL

SUKAN

TARIKH

1.

Bola Sepak

30 Jun - 25 Julai 2025

2.

Badminton Campuran

30 Jun - 4 Julai 2025

3.

Tenpin Boling

5 Julai 2025

4.

Futsal Lelaki

5 / 6 Julai 2025

5.

Futsal Wanita

5 / 6 Julai 2025

6.

Bola Tampar Lelaki

7-11 Julai 2025

7.

Bola Tampar Wanita

7-11 Julai 2025

8.

Catur Campuran

12 / 13 Julai 2025

9.

Sepak Takraw

12 / 13 Julai 2025

10.

Dart Campuran

12 / 13 Julai 2025

11.

Ping Pong Campuran

14 -18 Julai 2025

12.

Petanque Campuran

19 -20 Julai 2025

13.

Golf

19 Julai 2025

14.

Hoki

19 - 20 Julai 2025

15.

Bola Jaring

21 - 25 Julai 2025

16.

Olahraga

26 - 27 Julai 2025

 

Gabungan 8 akan mengambil bahagian dalam semua acara sukan yang dipertandingkan kecuali acara hoki.

Majlis perasmian SUSTAF 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah dan gilang gemilang pada 30 Jun 2025 jam 8.30 malam, bertempat di Stadium Pusat Sukan UPM. Majlis telah disempurnakan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah. Pada malam tersebut telah diadakan acara pertandingan perbarisan oleh semua 8 gabungan pasukan yang menyertai SUSTAF. Pertandingan perbarisan oleh Gabungan 8 yang turut disertai oleh staf Pejabat Bursar telah berjaya meraih tempat ke-2 dengan kutipan 92 markah.

 

 

                                         Keputusan Perbarisan

 

Penganjuran SUSTAF 2025 dijangka menyemarakkan budaya hidup sihat dan aktif, selaras dengan aspirasi UPM untuk melahirkan warga kerja yang sihat, produktif dan sejahtera. Warga UPM serta orang ramai dijemput hadir memberikan sokongan padu kepada para atlet staf yang akan beraksi dengan penuh semangat kesukanan sepanjang kejohanan ini.

Tarikh Input: 08/07/2025 | Kemaskini: 14/07/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
W, (03:39:44pm-03:44:44pm, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]