Serdang, 14 Ogos 2025 – Sempena sambutan bulan kemerdekaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang peringkat PTJ di UPM. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memupuk semangat kemerdekaan kepada semua warga kampus dan menanam rasa sayang dan cintakan negara. Pertandingan ini telah disertai oleh dua puluh tiga (23) PTJ di UPM. Pejabat Bursar juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam pertandingan ini. Pejabat Bursar telah diundi dan penilaian telah ditetapkan pada 14 Ogos 2025, jam 4.00 – 4.20 petang bertempat di Bahagian Kewangan Pengurusan Operasi Berpusat (BPOB).
Seramai 15 orang juri yang terdiri daripada Staf PKKSSAAS yang diketuai oleh Pengarahnya iaitu En. Husalshah Rizal Hussian telah hadir untuk mengadili pertandingan kali ini. Pejabat Bursar mengetengahkan konsep peragaan fesyen pakaian tradisional di Malaysia dengan sentuhan kreatif daripada warga Pejabat Bursar pada pertandingan kali ini. Menariknya, pakaian yang diperagakan dihasilkan daripada bahan terpakai dan diolah semula menjadi busana unik penuh warna warni. Antara rekaan yang mencuri perhatian termasuk:
Lebih istimewa, pihak pengurusan Pejabat Bursar tidak melepaskan peluang dengan memberi Kerjasama yang baik dengan menyertai pertunjukan fesyen sambil menggayakan pakaian bertemakan songket dan menambahkan lagi kemeriahan acara.
Program diteruskan dengan persembahan boria oleh warga Pejabat Bursar, disusuli dengan lawatan juri ke sudut pameran hasil kreativiti staf. Antara karya yang dipamerkan termasuk bendera Jalur Gemilang daripada klip roti dan batang aiskrim, serta arca ikonik Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Merdeka 118.
Acara yang penuh keceriaan ini diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai oleh warga Pejabat Bursar dengan para juri yang hadir. Pertandingan ini telah menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan kecintaan terhadap negara menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-68.
Tarikh Input: 18/08/2025 | Kemaskini: 18/08/2025 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.