KEMENANGAN BERGANDA PEJABAT BURSAR DI SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN (HKIP) | PEJABAT BURSAR
» BERITA » KEMENANGAN BERGANDA PEJABAT BURSAR DI SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN (HKIP)

KEMENANGAN BERGANDA PEJABAT BURSAR DI SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN (HKIP)

Serdang,  06 Disember 2022 – Penat lelah selama hampir setengah tahun akhirnya memberikan pulangan yang sangat berbaloi kepada hampir 170 orang kaki tangan Pejabat Bursar kerana memenangi 3 kategori utama Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2022 sekaligus dinobatkan johan keseluruhan 2 daripada 3 kategori tersebut.

HKIP 2022 yang telah berlangsung di  Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 06 Disember 2022 menyaksikan sokongan padu daripada kaki tangan Pejabat Bursar yang turut bersama-sama meraikan kemenangan dan penyertaan rakan seperjuangan.

Antara kategori yang dipertandingkan di dalam HKIP 2022 adalah seperti berikut:

  1. Hadiah Mencipta Tema
  2. Hadiah Idea Inovasi
  3. Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni
  4. Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif
  5. Anugerah Inovasi Perkhidmatan
  6. Anugerah Pengurusan Laman Web
  7. Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja
  8. Anugerah Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  9. Anugerah Indeks Akauntabiliti
  10. Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran
  11. Anugerah Mutiara Kualiti & Inovasi Naib Canselor
  12. Penghargaan Khas Pengurusan Lean 2022
  13. Penghargaan Khas EKSA HKIP2022
  14. Hadiah Pertandingan Koir Antara PTJ HKIP

3 kategori yang telah berjaya dimenangi oleh Pejabat Bursar  adalah seperti berikut:

  1. Hadiah Idea Inovasi Terbaik yang telah diwakili oleh Puan Junaidah Md Isa dan Puan Nurul Nazaton bt Abdul Aziz.
  2. Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (EKSA) sekaligus menjadi penerima Piala Pusingan untuk Kategori A (Bil Pekerja Berskala Tinggi)
  3. Anugerah Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sekaligus menerima Piala Pusingan untuk Kategori A (PTJ yang mempunyai persekitaran pejabat dan kaki tangan yang melebihi 40 orang)

Selain itu bagi pertandingan koir antara PTJ, Pejabat Bursar turut memenangi tempat ke empat dan anugerah komitmen terbaik PTJ

Tema HKIP pada tahun 2022 adalah ‘ Terokai Keterbatasan , Terajui Penciptaan’. Ini adalah penganjuran yang pertama selepas negara melalui fasa pandemic dan endemic Covid 19.

Pejabat Bursar merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada semua kakitangan Pejabat Bursar amnya dan berharap agar semua kakitangan akan terus komited untuk menjalankan tugas di masa hadapan.

pejabatbursarbersatudihati

 

Tarikh Input: 19/12/2022 | Kemaskini: 19/12/2022 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDIA4~