KEMERIAHAN SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI UPM 2023 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » KEMERIAHAN SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI UPM 2023

KEMERIAHAN SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI UPM 2023

SERDANG - 10 Mei 2023 : Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri UPM 2023 telah diadakan secara serentak seperti tahun 2022 dimana semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) menyambut dan menyediakan juadah hari raya pada tarikh sama yang telah ditetapkan oleh Pengurusan UPM iaitu pada 10 Mei 2023 bersamaan 19 Syawal 1444. Namun apa yang berbeza pada tahun ini adalah, sambutan hari raya dibuat secara gabungan PTJ mengikut kluster. Pejabat Bursar tidak terkecuali dalam membuat persiapan hidangan dan booth untuk menggambarkan hasrat utama dalam menjalinkan ukhwah dan silaturrahim dan saling mengunjungi serta beramah mesra sesama warga UPM.
Sambutan Mega Raya Aidilfitri Pejabat Bursar bersama gabungan 19 PTJ lain di bawah kluster I dan D telah ditetapkan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah. Pejabat Bursar ditugaskan sebagai penyambut tetamu di pintu masuk dewan bersama Pejabat Naib Canselor. Bagi membangkitkan kemeriahan di majlis ini, pertandingan booth terindah turut dianjurkan oleh Urusetia Kluster I dan D. Sesi penjurian booth terindah bermula pada jam 12.00 tengahari oleh juri yang dilantik iaitu Puan Norhaslinda Karim (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan) dan Puan Saliza binti Mustafa (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi). Kaedah penilaian juri adalah secara mystery shopper.
Beraneka juadah disediakan di setiap booth antaranya mee kari, mee sup meletup, sate, kuih-muih, roti jala, shawarma, cendol, air balang dan pelbagai juadah.
Pengurusan Pejabat Bursar turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kelab Sukan dan Kebajikan Bendahari (KSKB) dan semua warga Pejabat Bursar yang menjayakan sambutan Syawal tahun 2023 yang meriah. Semoga komitmen dan kerjasama berpasukan ini dapat diteruskan untuk kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.

 

 

          

Tarikh Input: 27/05/2023 | Kemaskini: 27/05/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDCAC~