KSKB ANJUR PROGRAM INFAQ RAMADHAN TAHUN 2023 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » KSKB ANJUR PROGRAM INFAQ RAMADHAN TAHUN 2023

KSKB ANJUR PROGRAM INFAQ RAMADHAN TAHUN 2023

SERDANG - 13 April 2023 : Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Bursar (KSKB) telah berjaya mengumpul sebanyak RM4,786.00  bagi program infaq Ramadhan tahun 2023.

Semua sumbangan yang diterima telah digunakan sebagai untuk aktiviti sepanjang bulan Ramadhan. Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan : -

  1. Program sahur pelajar KOSAS pada 6 April 2023, dengan hasil kutipan RM911.70.
  2. Sumbangan barangan keperluan ke Rumah Kebajikan Dan Bimbingan At -Taqwa pada 13 April 2023 dengan sumbangan RM1,579.90.
  3. Sumbangan duit raya Rumah Kebajikan pada 13 April 2023 berjumlah RM275.00.
  4. Sumbangan tunai Rumah Kebajikan pada 13 April 2023 berjumlah RM2,019.40.

Lawatan oleh beberapa ahli jawatankuasa KSKB termasuk pengerusi KSKB iaitu Encik Mohd Azahari bin Mohamad pada 13 APril 2023 yang bermula pada 9.00 pagi, disambut meriah oleh pihak Rumah Kebajikan Dan  Bimbingan At -Taqwa.

Buat semua ahli KSKB yang menghulurkan sumbangan ikhlas ini, ucapan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan dan semoga Allah SWT melipat gandakan pahala, memurahkan rezeki dan memelihara ahli keluarga staf Pejabat Bursar serta  memberkati semua sumbangan dan usaha Ahli KSKB sekalian

 

 

Tarikh Input: 18/04/2023 | Kemaskini: 18/04/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDCAg~