KSKB LANCAR SUMBANGAN “SAMBAL BILIS KERING” SEMPENA RAMADAN | PEJABAT BURSAR
» BERITA » KSKB LANCAR SUMBANGAN “SAMBAL BILIS KERING” SEMPENA RAMADAN

KSKB LANCAR SUMBANGAN “SAMBAL BILIS KERING” SEMPENA RAMADAN

SERDANG, 13 Mac 2025 – Setiap tahun, Kelab Sukan dan Kebajikan Staf Pejabat Bursar (KSKB) Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menyediakan buah tangan bagi tujuan berbuka puasa kepada semua staf Pejabat Bursar dan hamper setiap tahun juga pemberian buah kurma seringkali menjadi pilihan kerana ianya sinonim dengan kehadiran bulan Ramadan itu sendiri. Namun, bersamaan dengan 13 Ramadhan 1446, telah melancarkan inisiatif sumbangan makanan yang sedikit berbeza iaitu berupa “Sambal Bilis Kering” kepada semua staf Pejabat Bursar. Pemilihan sambal bilis kering ini bertujuan untuk menyokong industri kecil masyarakat Melayu setempat, sekaligus memberi sokongan moral dan ekonomi kepada mereka, khususnya dalam menghadapi cabaran sepanjang bulan Ramadan.

Sumbangan sambal bilis kering ini disediakan dengan penuh kasih sayang dan keprihatinan. Ia bukan sahaja bertujuan untuk menambah hidangan berbuka puasa, tetapi juga mengingatkan kita tentang pentingnya nilai-nilai kebaikan dan saling membantu dalam kehidupan bermasyarakat. Diharapkan hidangan ini dapat memberi kelainan dan keselesaan kepada ahli KSKB ketika berbuka puasa.

Selain daripada manfaat makanan, inisiatif ini juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli KSKB. Sumbangan ini diharapkan dapat memperkukuhkan rasa kebersamaan dan solidariti dalam kalangan ahli-ahli KSKB, di samping menceriakan suasana Ramadan mereka. Pihak pengurusan KSKB berharap sumbangan ini dapat memberi keceriaan dan semangat kepada semua ahli untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh makna.

Tarikh Input: 28/03/2025 | Kemaskini: 22/04/2025 | s_astri

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (05:33:25pm-05:38:25pm, 29 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]