KURSUS SISTEM PENGURUSAN ASET (SPA) | PEJABAT BURSAR
» BERITA » KURSUS SISTEM PENGURUSAN ASET (SPA)

KURSUS SISTEM PENGURUSAN ASET (SPA)

SERDANG – 9 April 2026:  Bahagian Pengurusan Aset & Kemudahan Staf, Pejabat Bursar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Kursus Sistem Pengurusan Aset (SPA) bertempat di Auditorium Rashdan Baba, Bangunan TNCPI. Kursus ini telah dihadiri seramai 379 orang Pegawai Aset dan Pembantu Pegawai Aset  yang terdiri daripada 49 orang Pegawai dari kumpulan Pengurusan & Profesional dan 330 orang pegawai dari kumpulan pelaksana daripada 73 Pusat Tanggungjawab (PTJ). Kursus ini diadakan secara virtual dan turut dihadiri oleh Pegawai Aset dan Pembantu Pegawai Aset  Universiti Putra Malaysia Sarawak.

 

Kursus ini merupakan agenda tahunan yang sentiasa diberikan oleh Bahagian Pengurusan Aset dan Kemudahan Staf, Pejabat Bursar kepada semua Pegawai Aset dan Pembantu Pegawai Aset, untuk memberikan penerangan dan kefahaman berkenaan tatacara pengurusan aset.

 

Kursus ini dimulai dengan ucapan kata-kata aluan oleh Puan Nur Asriati binti mi, Ketua Bahagian Pengurusan Aset & Kemudahan Staf dan diteruskan oleh Puan Junaidah binti Md Isa, Akauntan dari Bahagian Pengurusan Aset dan Kemudahan Staf, Pejabat Bursar. Peserta yang terlibat telah diberi penerangan mengenai tugas dan tanggungjawab pegawai UPM dalam pengurusan aset, tatacara pengurusan aset yang berkuat kuasa dan penerangan mengenai Sistem Pengurusan Aset modul Aset Disposal pada sebelah petang. Selain itu, peserta juga dimaklumkan mengenai garis panduan terkini berkenaan pindaan kuasa melulus pelupusan yang mula berkuat kuasa Januari 2026.

 

Diharapkan dengan adanya kursus ini, serba sedikit dapat membantu memberi kefahaman yang lebih terperinci mengenai tatacara pengurusan aset kepada Pegawai Aset dan Pembantu Pegawai Aset dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

 

Tarikh Input: 17/04/2026 | Kemaskini: 17/04/2026 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (06:45:29am-06:50:29am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]