LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM KEWANGAN GRP DI UPMKB | PEJABAT BURSAR
» BERITA » LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM KEWANGAN GRP DI UPMKB

LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM KEWANGAN GRP DI UPMKB

SERDANG,8 Disember 2023 – Sistem Government Resource Planning (GRP) yang dibangunkan oleh Syarikat Century Software (M) Sdn Bhd telah mula dibuat penambahbaikan bagi penggunaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) mulai Januari 2024. Memandangkan GRP akan digunakan oleh semua cawangan UPM, UPMKB tidak ketinggalan di dalam menerima perubahan ini demi kemudahan dan mempercepatkan proses pengurusan kewangan di cawangan tersebut.

 

Sehubungan dengan itu, pada 4-8 Disember 2023, sekumpulan penunjuk ajar daripada pihak syarikat telah hadir ke UPMKB untuk memberikan latihan mengikut modul yang ditetapkan. Mereka terdiri daripada 7 orang penunjuk ajar hadir di UPMKB untuk mengajar modul 19 modul yang terdiri daripada modul di dalam GRP dan sistem yang berintegrasi dengan GRP seperti jadual berikut:

 

Kehadiran peserta latihan adalah terdiri daripada staf Bahagian Kewangan Pejabat Bursar UPMKB , staf Pusat Tanggungjawab dan staf Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (Idec) yang merangkumi seramai antara 30-40 peserta setiap hari. Latihan yang bermula pada jam 8.30 itu berakhir pada jam 5.00 petang itu dan turut dihadiri oleh beberapa pegawai daripada Pejabat Bursar UPM Serdang secara dalam talian melalui platform Google Meet. Pegawai daripada Pejabat Bursar UPMKB turut memantau latihan yang diberikan untuk PTJ yang diketuai oleh Puan Zuraida Abu Bakar.

 

Diharap selaras dengan hasrat jawatankuasa Transformasi Pendigitalan Kewangan, latihan yang diadakan itu dapat memberikan gambaran penuh tatacara penggunaan sistem dan proses yang akan berlaku semasa pelaksanaan system yang akan berlaku mulai Januari 2024 kelak

Tarikh Input: 23/12/2023 | Kemaskini: 23/12/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDBAv~