LAWATAN EKSA DI PEJABAT BURSAR | PEJABAT BURSAR
» BERITA » LAWATAN EKSA DI PEJABAT BURSAR

LAWATAN EKSA DI PEJABAT BURSAR

SERDANG,10 November 2023 – Walaupun setahu telah berlalu dan penilaian seterusnya adalah pada tahun 2024, namun pengekalan konsep dan keteraturan berkaitan EKSA perlu dikekalkan oleh semua warga Pejabat Bursar. Sehubungan dengan itu, bagi memekarkan semula semangat dan budaya EKSA di kalangan warganya, Pejabat Bursar telah melapangkan masa untuk dilawati oleh beberapa PTJ iaitu Pejabat Pendaftar, Fakulti Kejuruteraan dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bermula pada jam 9:00 pagi hingga 12:30 tengahari . Ini adalah  berikutan dengan kemenangan Pejabat Bursar secara keseluruhan untuk Pertandingan Eksosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Universiti Putra Malaysia tahun 2022.

Kira-kira seramai 52 staff daripada ketiga-tiga PTJ tersebut telah dikumpulkan bertempat di Dewan Taklimat pada jam 09:30 pagi hingga 10:30 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan daripada Timbalan Bendahari Kanan Pejabat Bursar sebelum diberikan penerangan EKSA oleh Penyelaras EKSA Pejabat Bursar.

Pergerakan pelawat telah bermula pada jam 10:30 pagi dan dibawa melawat ke sekitar zon-zon di Pejabat Bursar. Pelawat telah dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk melawat Zon Yen, Zon Dinar dan Zon Cruzero.

Lawatan telah berakhir pada jam 12:00 tengahari dimana setiap pelawat telah diberi penerangan berkenaan dengan EKSA yang telah dilakukan di Pejabat Bursar. Semoga setiap perkongsian yang diberikan dapat memberi manfaat dan panduan kepada PTJ-PTJ tersebut.

Sekian, terima kasih

Tarikh Input: 21/11/2023 | Kemaskini: 21/11/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDKAy~