SERDANG, 14 Mei 2026 – Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pejabat Bursar telah mengadakan Lawatan Penanda Aras EKSA ke luar UPM bagi memperluas pengetahuan dan memperkukuh pemahaman dalam kalangan ahli jawatankuasa berkaitan pelaksanaan amalan persekitaran kerja yang kondusif dan sistematik dengan melihat amalan EKSA di agensi luar UPM. Sehubungan itu, jawatankuasa telah bersetuju untuk memilih Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) bagi menambahkan serta meluaskan pengetahuan dalam kalangan ahli jawatankuasa supaya mengamalkan EKSA dengan lebih sistematik dan berkesan.
Program lawatan telah berlangsung pada 14 Mei 2026 (Khamis) bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Majlis Perbandaran Sepang di Cyberjaya (MPS). Seramai dua puluh lima (25) peserta telah menyertai lawatan tersebut yang terdiri daripada Pengerusi dan ahli jawatankuasa EKSA serta wakil Zon yang ada di Pejabat Bursar. Lawatan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada peserta mengenai pelaksanaan EKSA yang berkesan melalui perkongsian amalan terbaik, pengurusan ruang kerja yang lebih tersusun serta penerapan elemen inovasi dan kreativiti dalam persekitaran pejabat. Melalui lawatan ini peserta dapat mempelajari dan mengambil idea bagi menambah baik amalan yang telah dilaksanakan di Pejabat Bursar sebelum ini.Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada peserta mengenai pengurusan persekitaran kerja yang kondusif, inovatif dan berkualiti selaras dengan garis panduan EKSA yang ditetapkan oleh sektor awam. Selain itu, program tersebut turut menjadi platform perkongsian idea serta amalan terbaik yang boleh diaplikasikan di Pejabat Bursar.
Ketibaan rombongan telah disambut oleh Tuan Mohd Faizal bin Abdul Raji selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran peserta serta berharap sesi lawatan tersebut dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua organisasi dalam memperkasakan pelaksanaan EKSA.
Lawatan bermula dengan taklimat daripada Tuan Mohd Faizal bin Abdul Raji selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang dan diikuti dengan sesi soal jawab daripada peserta. Peserta kemudiannya dibawa melawat setiap zon yang terdapat di MPS. Melalui lawatan peserta dapat melihat kretiviti dan inovasi yang dibuat dan diamalkan di MPS dan memperoleh pengalaman yang baru sepanjang lawatan. Sebelum lawatan berakhir, sesi fotografi diadakan disetiap zon yang dilawati dan bertukaran cenderamata dibuat sebagai tanda kenang kenangan. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang disediakan oleh tuan rumah. Sepanjang sesi lawatan, peserta telah berpeluang membuat pemerhatian terhadap amalan EKSA yang dilaksanakan serta menimba ilmu yang boleh diadaptasi dan dipraktikkan di Pejabat Bursar bagi meningkatkan kualiti persekitaran kerja. Peserta juga berpeluang untuk melawat Zon IBM (Kejuruteraan), Zon Samsung (Unit Setempat) dan Pusat Inovasi Majlis Perbandaran Sepang. Lawatan tersebut memberi pendedahan kepada peserta mengenai amalan terbaik EKSA yang menampilkan elemen kreativiti, inovasi, kebersihan, keselamatan dan pengurusan persekitaran kerja yang sistematik.
Tarikh Input: 25/05/2026 | Kemaskini: 25/05/2026 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.