LAWATAN PEMBELAJARAN KE BALAI BOMBA | PEJABAT BURSAR
» BERITA » LAWATAN PEMBELAJARAN KE BALAI BOMBA

LAWATAN PEMBELAJARAN KE BALAI BOMBA

SERDANG,8 November 2023 – Kaedah penyelamatan dan pemadaman kebakaran merupakan satu aspek penting yang perlu dikuasai terutama oleh jawatankuasa yang terlibat dengan OSH seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH),Pejabat Bursar . Sehubungan dengan itu, berdasarkan keperluan ini, Pejabat Bursar telah mengadakan lawatan pembelajaran ke Balai Bomba dan Penyelamat,Presint 7, Putrajaya. Lawatan tersebut yang disertai oleh 20 orang staf dan diketuai oleh En Mohd 'Akhi Abu Bakar selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH),Pejabat Bursar.

 Lawatan ini bermula pada jam 9.00 pagi dan setibanya di sana, kami di bawa ke dewan bagi mendengar ceramah Keselamatan dan Kebakaran . Di samping itu juga, kami diberi informasi dan pengenalan mengenai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya. Ceramah ini disampaikan dengan penuh semangat oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba Encik Yuzaimie Bin Ahmad Kamil.

 Seterusnya, kami juga diberi tunjuk ajar dan demonstrasi cara-cara pemadaman api  dan latihan penggunaan alat pemadam api dengan baik. Informasi ini sangat penting dan mudah difahami. Staf Pejabat Bursar juga diberi peluang untuk mencuba kaedah pemadaman api yang betul serta cara menggunakan pemadam api agar dapt berfungsi dengan baik

 Semoga lawatan pembelajaran ini memberi manfaat kepada semua dan diharap agar lawatan seperti ini dapat dilaksanakan secara tahunan bagi menambah pengetahuan AJK yang terlibat

 

Tarikh Input: 20/11/2023 | Kemaskini: 20/11/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDKAf~