LAWATAN PENANDA ARAS EKSA KE IDEC, UPM | PEJABAT BURSAR
» BERITA » LAWATAN PENANDA ARAS EKSA KE IDEC, UPM

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA KE IDEC, UPM

Serdang, 22 Mei 2026 – Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pejabat Bursar telah mengadakan Lawatan Penanda Aras EKSA bagi memperluas pengetahuan dan memperkukuh pemahaman dalam kalangan ahli jawatankuasa berkaitan pelaksanaan amalan persekitaran kerja yang kondusif dan sistematik. Jawatankuasa telah bersetuju untuk memilih Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) sebagai lawatan secara dalaman iaitu melawat  PTJ dalam skop yang sama dengan Pejabat Bursar. 

Program lawatan telah berlangsung pada 22 Mei 2026 (Jumaat) bermula jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di IDEC Alpha, Putra Infoport. Seramai lima belas (15) peserta telah menyertai lawatan tersebut yang terdiri daripada Pengerusi, Penyelaras dan ahli jawatankuasa EKSA serta wakil Zon yang ada di Pejabat Bursar. Lawatan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada peserta mengenai pelaksanaan EKSA yang berkesan melalui perkongsian amalan terbaik, pengurusan ruang kerja yang lebih tersusun serta penerapan elemen inovasi dan kreativiti dalam persekitaran pejabat. Melalui lawatan ini peserta dapat mempelajari dan mengambil idea bagi menambah baik amalan yang telah dilaksanakan di Pejabat Bursar sebelum ini.

Lawatan bermula dengan taklimat daripada Penyelaras EKSA iDEC iaitu Pn. Azhana dan diikuti dengan sesi soal jawab daripada peserta. Peserta kemudiannya dibawa melawat setiap zon yang terdapat di iDEC. Melalui lawatan peserta dapat melihat kretiviti dan inovasi yang dibuat dan diamalkan di iDEC dan memperoleh pengalaman yang baru sepanjang lawatan. Sebelum lawatan berakhir, sesi fotografi diadakan disetiap zon yang dilawati dan bertukaran cenderamata dibuat sebagai tanda kenang kenangan. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang disediakan oleh tuan rumah. Sepanjang sesi lawatan, peserta telah berpeluang membuat pemerhatian terhadap amalan EKSA yang dilaksanakan serta menimba ilmu yang boleh diadaptasi dan dipraktikkan di Pejabat Bursar bagi meningkatkan kualiti persekitaran kerja.

Penganjuran lawatan penanda aras ini diharap dapat meningkatkan komitmen warga kerja dalam membudayakan amalan EKSA secara berterusan ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih efisien, selesa dan produktif.

 

  

 

 

Tarikh Input: 25/05/2026 | Kemaskini: 25/05/2026 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
W, (01:28:25am-01:33:25am, 27 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]