LAWATAN PENANDA ARAS JABATAN BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) KE BAHAGIAN KEWANGAN PENYELIDIKAN, PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) | PEJABAT BURSAR
» BERITA » LAWATAN PENANDA ARAS JABATAN BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) KE BAHAGIAN KEWANGAN PENYELIDIKAN, PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

LAWATAN PENANDA ARAS JABATAN BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) KE BAHAGIAN KEWANGAN PENYELIDIKAN, PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

SERDANG, 13 Ogos 2020 - Bahagian Kewangan Penyelidikan, Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan daripada delegasi Pejabat Bendahari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

 

Lawatan ini dihadiri oleh Bendahari UMS, Puan Zalifah Shadan bersama dua (2) orang pegawai beliau dan Puan Mazlina Muhd Zaid, Timbalan Bendahari daripada Pejabat Bendahari UPNM.

 

Lawatan tersebut bertujuan untuk membuat penandaarasan bagi pengurusan kewangan penyelidikan dan perakaunan geran penyelidikan selaras dengan taraf UPM sebagai salah satu daripada lima Universiti Penyelidikan (Research University) di Malaysia.

 

Pembentangan dan penerangan secara terperinci tentang proses-proses yang terlibat dalam pengurusan geran di UPM, serta peranan, tanggungjawab dan akauntabiliti setiap pihak iaitu Penyelidik, Fakulti/Institut, RMC dan Pejabat Bursar telah disampaikan oleh Puan Hafizah Misran selaku Ketua Bahagian Kewangan Penyelidikan Pejabat Bursar dan Puan Yushaida Yusof, Ketua Unit Pengurusan Geran, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC).

 

Disamping itu, isu dan cabaran yang dihadapi dalam pengurusan kewangan penyelidikan turut dikongsi pada sesi tersebut. Wakil daripada Pejabat Bendahari UMS dan UPNM turut bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman mereka dalam menguruskan kewangan geran penyelidikan di universiti masing-masing. Sebagai kenangan, sesi ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari kedua-dua pihak, dan fotografi. Diharapkan sesi lawatan ini telah mencapai hasrat dan matlamat UMS dan UPNM di dalam memantapkan lagi tadbir urus geran penyelidikan di institusi masing-masing

 

Tarikh Input: 08/09/2020 | Kemaskini: 06/12/2020 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDJAz~