Lawatan Penanda Aras Ke APMKL, Pemangkin Gerakkerja JKKP Pejabat Bursar | PEJABAT BURSAR
» BERITA » Lawatan Penanda Aras Ke APMKL, Pemangkin Gerakkerja JKKP Pejabat Bursar

Lawatan Penanda Aras Ke APMKL, Pemangkin Gerakkerja JKKP Pejabat Bursar

SERDANG-5 NOVEMBER 2019:  Aspek keselamatan nyawa,orang dan harta benda penduduk awam dan staf sekiranya berlaku sesuatu bencana merupakan agenda utama Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pejabat Bursar ditubuhkan. Bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pengalaman ahli jawatankuasa yang berkenaan, satu sesi lawatan ke Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Lumpur yang disertai seramai 16 orang staf Pejabat Bursar dan diketuai Encik Mohd ‘Akhi telah diadakan pada 5 November 2019.

 

APM atau sebelum ini lebih dikenali sebagai JPAM merupakan sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri berperanan melatih seramai mungkin rakyat supaya mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam dan juga melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku bencana. 

 

Lawatan telah dimulakan dengan taklimat berkaitan latarbelakang, fungsi dan peranan APM oleh Puan Noraliza binti Haji Yusop. Di Pusat Panggilan Malaysia Emergency Response System (MERS), staf pejabat Bursar telah diberi penjelasan kaedah pengendalian panggilan kecemasan melalui talian 999 dan berpeluang melihat secara langsung beberapa sesi menjawab panggilan telefon di talian kecemasan 999 oleh pegawai APM yang bertugas. Seterusnya staf telah dibawa ke Pusat Kawalan Operasi, APM Daerah Kuala Lumpur yang menempatkan pegawai bertugas serta peralatan yang digunakan untuk operasi seperti Ambulan, alatan menebang pokok dan menangkap ular di mana staf telah berpeluang menyaksikan demonstrasi menangkap ular oleh pegawai-pegawai terlatih di APM.

 

Menurut Encik Mohd Ákhi  selaku ketua delegasi ini ”lawatan yang dianjurkan oleh JKKP Pejabat Bursar ini selain bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan maklumat berkaitan kesihatan dan keselamatan pekerjaan di kalangan staf dalam skop yang lebih luas, ia juga adalah sebagai platform untuk bertukar pendapat dan pandangan dengan agansi yang sangat berwibawa ini’’.

 

Secara keseluruhannya, lawatan ini telah memberikan pengetahuan, kesedaran dan pengalaman yang sangat berharga kepada staf yang pastinya tidak akan dilupakan. Semoga semangat yang ditunjukkan oleh pasukan APM dapat menjadi pemangkin kepada staf untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Tarikh Input: 07/11/2019 | Kemaskini: 07/11/2019 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEbJAk~