SERDANG,23 Mei 2025 : Majlis Gemilang Putra 2025 telah diadakan pada 23 Mei 2025 di Dewan Besar,Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Universiti Putra Malaysia.Majlis diadakan bagi meraikan pegawai yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Setia Putra.
Majlis dimulai dengan ketibaan para jemputan dan penerima Anugerah.Seterusnya ketibaan Pegawai Kanan dan ketibaan YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah,Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.
Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu Putra Gemilang, bacaan doa dan kata-kata aluan daripada YBrs. Encik Muhazam Mansor,selaku Pendaftar Universiti Putra Malaysua kepada semua staf yang hadir.
Seterusnya,Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Setia Putra peringkat Pejabat Bursar disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah,Naib Canselor Universiti Putra Malaysia kepada tiga belas orang penerima APC dan seorang penerima Anugerah Bakti Putra. Senarai nama staf yang diberi pengiktirafan APC adalah :
1. Puan Mazitah binti Ahmad
2. Puan Noraini binti Abdullah
3. Puan Siti Amira binti Shukor
4. Puan Azean binti Tajudin
5. Encik Mohd Hairi bin Saaid
6. Puan Noral Asiah binti Husain
7. Puan Nordiana binti Azahari
8. Puan Nurul Atiqah binti Mohamed
9. Puan Roslina binti Mohamed Razali
10. Puan Salina binti Abdul Majid
11. Encik Syed Kahar Muzakkir bin Syed Abuwalma’al
12. Puan Zailani binti Husin
13. Puan Zarina binti A. Bakar
Seorang staf yang diberi Anugerah Bakti Putra ialah Encik Zaini bin Zakaria. Anugerah ini bertujuan untuk menghargai jasa staf yang telah berkhidmat selama 30 tahun di UPM.=
Tahniah diucapkan kepada semua penerima. Semoga dengan pencapaian ini, dapat menjadi pemangkin dan membakar semangat kepada semua staf untuk mempertingkatkan lagi kecemerlangan dalam organisasi dan kepada Universiti Putra Malaysia amnya agar misi dan visi universiti dapat direalisasi.



Tarikh Input: 24/05/2025 | Kemaskini: 26/05/2025 | azizal

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.