MAJLIS PERSARAAN PUAN NORMI DI PEJABAT BURSAR, UPM | PEJABAT BURSAR
» BERITA » MAJLIS PERSARAAN PUAN NORMI DI PEJABAT BURSAR, UPM

MAJLIS PERSARAAN PUAN NORMI DI PEJABAT BURSAR, UPM

SERDANG - 7 Ogos 2023 : Setelah lebih 40 tahun bergelar staf UPM, kini Puan Norlia atau lebih mesra dikenali sebagai Kak N akan mengakhiri kerjaya yang disayanginya di Pejabat Bursar pada 17 Ogos 2023. Satu majlis meraikan persaraan Puan Norlia Haji Jaffar telah diadakan pada hari Isnin bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang di ruang legar Read@Bursar, Pejabat Bursar UPM yang dihadiri oleh hampir kesemua staf Pejabat Bursar. Puan Norlia telah memulakan kerjayanya di UPM pada 17 Ogos 1981. Jawatan pertama beliau merupakan Jurutaip dan beliau bersara sebagai Ketua Pembantu Tadbir Kanan (N26) di Pejabat Bursar.

 

Beliau dilahirkan pada 8 Ogos 1963 di Bandar Johor Bahru. Kak N telah mendirikan rumahtangga dengan En. Muhammad Zamri pada 26 Julai 1987. Hasil perkongsian hidup selama 36 tahun, mereka telah dikurniakan dua orang cahayamata perempuan.

 

Puan Norlia mula melaporkan diri di Pejabat Bursar pada tahun 2018 di Seksyen Pentadbiran Pejabat Bursar sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) . Beliau bertanggungjawab untuk menguruskan kehadiran dan cuti staf di Pejabat Bursar di mana beliau telah melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan penuh semangat . Pejabat Bursar mengucapkan jutaan terima kasih di atas dedikasi dan komitmen yang diberikan oleh beliau dan seterusnya mengucapkan selamat bersara dan maju jaya buat Puan Norlia

 

                                                                              

Tarikh Input: 26/08/2023 | Kemaskini: 26/08/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDIAs~