Serdang, 5 Mei 2025 – Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 pada 28 hingga 30 April 2025. Audit ini bertujuan untuk menilai pematuhan terhadap keperluan standard ISO serta mengenal pasti peluang penambahbaikan dalam proses kerja dan perkhidmatan kewangan.
Audit ini melibatkan semakan terhadap pelbagai aspek operasi termasuk Pengurusan Hasil, Pembayaran, Perolehan, Aset, Perakaunan, Penjanaan Pendapatan dan Kewangan Pelajar. Proses audit dijalankan secara menyeluruh dengan kerjasama semua bahagian di Pejabat Bursar. Audit diketuai oleh Puan Rahiza Abu Hanipah daripada Pusat Asasi Sains iaitu Juruaudit Universiti yang telah dilantik oleh Pusat Jaminan Kualiti dan dibantu oleh juruaudit Pejabat Bursar.
Sesi penutupan audit telah diadakan pada 5 Mei 2025, jam 3.00 petang bertempat di Bilik mesyuarat Utama, Pejabat Bursar yang dihadiri oleh pihak pengurusan, juruaudit dalaman dan staf Pejabat Bursar. Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan penemuan audit oleh ketua Kumpulan dan diikuti oleh ketua Juruaudit. Untuk audit kali ini, Pejabat Bursar memperoleh ### NCR dan ### OFI dan tempoh masa yang diberikan untuk menutup dan mengambil tindakan terhadap penemuan ini ialah selama 21 hari. Tindakan pembetulan dan pencegahan juga perlu difikirkan oleh pihak pengurusan supaya isu yang sama tidak berulang pada masa yang akan datang.
Pelaksanaan audit dalaman ini mencerminkan komitmen dan kepatuhan Pejabat Bursar UPM terhadap peraturan yang telah disediakan dan juga sebagai penambahbaikan berterusan kepada standard pengurusan kualiti antarabangsa. Audit juga boleh menjadi kayu pengukur terhadap persediaan bagi menghadapi audit pensijilan semula oleh SIRIM yang dijadualkan akan diadakan pada Oktober 2025.
Dengan pelaksanaan audit dalaman ini, Pejabat Bursar UPM bertekad untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan kewangan dengan penambahbaikan yang berterusan demi memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan serta pihak berkepentingan
Tarikh Input: 10/05/2025 | Kemaskini: 10/05/2025 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.