Serdang, 21 Mei 2025 – Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan audit kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) hari ini sebagai langkah memperkukuh budaya kerja yang sistematik dan berinovatif dalam kalangan warganya.
Audit kendiri ini merupakan inisiatif dalaman untuk menilai keberkesanan pelaksanaan EKSA serta memastikan pematuhan terhadap garis panduan dan standard yang ditetapkan oleh pihak universiti. Ia turut berperanan penting dalam mengenal pasti kekuatan dan ruang penambahbaikan bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih tersusun, kondusif dan produktif.
Sebelum ini, Pejabat Bursar giat melaksanakan pelbagai aktiviti sokongan EKSA termasuk taklimat kesedaran, sesi gotong royong berkala serta lawatan pembelajaran ke jabatan dan agensi kerajaan lain seperti Jabatan Standard Malaysia bagi memperkaya pengetahuan serta memperkukuh pelaksanaan EKSA di peringkat jabatan.
Berikut ialah jadual ringkasan penemuan dan cadangan penambahbaikan mengikut zon:
|
Zon |
Isu Utama |
Cadangan Penambahbaikan |
|
YEN |
- Dinding kotor, debu pada alat & pokok tiruan |
- Lakukan pembersihan berkala |
|
DINAR |
- Label PYB tidak dikemas kini |
- Semak dan kemas kini label & inventori |
|
EURO |
- Pintu kecemasan tidak bertutup |
- Tutup dan pantau pintu kecemasan |
|
CRUZEIRO |
- Sudut EKSA & hiasan kurang korporat |
- Naik taraf sudut EKSA |
Melalui audit kendiri ini, Pejabat Bursar dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan EKSA serta merancang tindakan penambahbaikan yang diperlukan. Ini menunjukkan komitmen berterusan Pejabat Bursr dalam memupuk budaya kerja yang berkualiti dan berinovatif dalam kalangan warga Pejabat Bursar.

Tarikh Input: 26/05/2025 | Kemaskini: 26/05/2025 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.