PEMERIKSAAN SUSULAN BAGI ANUGERAH CEMERLANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DAN PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN (SKOP KKP) | PEJABAT BURSAR
» BERITA » PEMERIKSAAN SUSULAN BAGI ANUGERAH CEMERLANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DAN PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN (SKOP KKP)

PEMERIKSAAN SUSULAN BAGI ANUGERAH CEMERLANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DAN PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN (SKOP KKP)

PEMERIKSAAN SUSULAN BAGI ANUGERAH CEMERLANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DAN PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN (SKOP KKP)

Serdang, 25 Oktober 2022 – Pejabat Bursar telah terpilih dalam senarai akhir oleh Jawatankuasa Pemeriksaan Tempat Kerja UPM untuk Pemeriksaan Susulan Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran (Skop KKP) sempena HKIP 2022. Sebanyak 9 Pusat Tanggungjawab (PTJ) termasuk Pejabat Bursar turut bersaing untuk mendapatkan Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran (Skop KKP). Pemeriksaan susulan di Pejabat Bursar telah diadakan pada 25 Oktober 2022 (9 pagi) oleh dua orang panel penilai terdiri daripada pegawai dari Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Pemeriksaan telah dilaksanakan di dua lokasi yang menempatkan sisa terjadual iaitu di Stor Pentadbiran dan di Bahagian Kewangan Pengurusan Operasi Berpusat.

Bagi memberi kefahaman tentang kepentingan Pengurusan Sisa Terjadul (E-Waste) di pejabat secara lebih mesra alam, Jawatankuasa Keselamatan dan KesihatanPejabat Bursar telah mengambil inisiatif dengan membuat hebahan mengenai Kempen Kesedaran Tentang Kepentingan Pengurusan Sisa Terjadual (E-Waste) seperti yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buang Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) di dalam Jadual Pertama (Peraturan2). Kaedah yang digunakan adalah melalui emel dan dimuatnaik di laman sesawang Pejabat Bursar.

Semoga dengan sokongan serta keprihatinan warga kerja, Pejabat Bursar berjaya melepasi pemeriksaan ini dengan cemerlang.

     

   

Tarikh Input: 27/10/2022 | Kemaskini: 31/10/2022 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDEA5~