Serdang, 2025 –Walau pun Sistem Putra Finance dan sistem sokongannya telah digunakan selama setahun , Pejabat Bursar masih memerlukan penambahbaikan kepada proses dan pelaporan bagi memastikan maklumat kewangan yang dikeluarkan dan digunapakai oleh pemegang taruh adalah tepat dan boleh dipercayai. Sehubungan itu, Bengkel Pemerkasaan Sistem Kewangan bermula 11 Jun 2026 sehingga 30 Jun 2025 dilaksanakan dan dihadiri oleh semua lapisan warga kerja Pejabat Bursar. Sebanyak tujuh (7) siri bengkel telah dilaksanakan mengikut modul utama dalam sistem kewangan Putra Finance (GRP) iaitu :
Siri 1: Modul Bajet (11/6/2025; 9.00 pagi – 4.30 petang)
Siri 2: Modul Pembayaran (13/6/2025; 9.00 pagi – 4.30 petang)
Siri 3: Modul E-Claim (19/6/2025; 2.00 petang – 4.30 petang)
Siri 4: Modul Hasil dan SAS (18/6/2025; 9.00 pagi – 4.30 petang)
Penyata Penyesuaian Bank (20/6/2025; 2.00 petang – 4.30 petang)
Siri 5: Modul Payroll (26/6/2025; 2.00 petang – 4.30 petang)
Siri 6: Modul Aset (26/6/2025; 9.00 petang – 1.00 petang)
Siri 7: Report Design Semua Modul (30/6/2025; 9.00 pagi – 5.00 petang)
Peserta bengkel ini terdiri daripada Akauntan, Penolong Akauntan dan Pembantu Tadbir Kewangan di Pejabat Bursar yang terlibat secara langsung dalam pengendalian modul-modul utama di Sistem GRP. Manakala penceramah dan moderator untuk siri-siri mengikut modul adalah Puan Noraini Abdullah, Puan Junaida Adan, Puan Binti Hajera Tahir, Puan Safina Diana Jamaludin, Puan Yusnawati Mat Isa dan Puan Junaidah Md Isa.
Tujuan utama penganjuran bengkel ini adalah susulan daripada isu-isu yang timbul dalam sistem GRP semasa proses penutupan akaun pada 31 Disember 2024.
Sebagai langkah penambahbaikan, Pejabat Bursar telah mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Sistem Kewangan bagi mengenal pasti punca sebenar masalah dari peringkat awal, serta merumuskan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang agar proses penutupan akaun pada tahun 2025 dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna melalui sistem GRP.
Sepanjang perjalanan siri bengkel ini, pelbagai informasi telah dikongsikan oleh para penceramah kepada semua peserta khususnya berkenaan dengan penyediaan laporan, semakan dan pelarasan data-data integrasi serta kaedah yang tepat mengendalikan sistem GRP mengikut modul-modul berkaitan.
Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen Pejabat Bursar dalam memastikan sistem kewangan universiti sentiasa relevan, berdaya saing, dan selaras dengan kehendak pematuhan serta keperluan operasi. Langkah-langkah pembaikan hasil daripada dapatan bengkel ini akan terus dipantau dan ditambah baik dari semasa ke semasa melalui pendekatan kolaboratif bersama semua pihak berkepentingan.
Tarikh Input: 26/06/2025 | Kemaskini: 26/06/2025 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.