Serdang, 9 Oktober 2025 – Dalam usaha memperkukuh kecekapan pengurusan mesyuarat serta mempertingkatkan keberkesanan penyampaian maklumat dalaman, Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel Platform Mesyuarat yang memberi fokus kepada pembangunan dan penggunaan aplikasi Google Site sebagai medium utama pengurusan maklumat secara digital.
Bengkel yang berlangsung selama dua hari bermula pada 9 hingga 10 Oktober 2025 ini diadakan secara fizikal di UPM dan disertai oleh 11 orang staf daripada pelbagai bahagian di bawah Pejabat Bursar. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan jabatan untuk menyokong agenda pendigitalan dan pemodenan sistem penyampaian maklumat dalam persekitaran kerja yang semakin berorientasikan teknologi.
Sesi pembelajaran dikendalikan oleh Encik Ts. Saiful Ramadzan, pegawai teknologi maklumat dari Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM, yang berkongsi kepakaran beliau dalam membangunkan laman mesyuarat digital menggunakan Google Site. Antara intipati bengkel termasuklah:
-Membina laman mesyuarat tersusun dan mesra pengguna.
-Menyusun atur dokumen penting untuk rujukan mesyuarat.
-Mengintegrasi elemen-elemen Google Workspace seperti Google Docs, Google Drive dan Google Calendar ke dalam platform mesyuarat.
-Kaedah pengurusan akses dan keselamatan data dalam laman mesyuarat digital.
Bengkel ini juga membuka ruang untuk peserta meneroka kaedah pengurusan maklumat yang lebih efektif dan efisien, di samping mempertingkat kemahiran digital sejajar dengan keperluan kerja semasa.
Menurut penganjur, inisiatif ini bukan sahaja membantu memperkemas proses penyediaan dan dokumentasi mesyuarat, malah menjimatkan masa serta mengurangkan kebergantungan kepada dokumen bercetak. Penggunaan platform digital seperti Google Site juga membolehkan maklumat dapat dikongsi dan diakses secara pantas oleh semua ahli jawatankuasa atau sekretariat mesyuarat yang terlibat.
Pejabat Bursar berharap ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui bengkel ini dapat dimanfaatkan secara meluas oleh semua staf yang terlibat dalam pengurusan mesyuarat, seterusnya menyumbang kepada pe
Tarikh Input: 21/10/2025 | Kemaskini: 21/10/2025 | aini_abd

BANGUNAN CANSELORI PUTRA, ARAS 2, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400, UPM SERDANG, SELANGOR.