PENILAIAN KENDIRI EKSA PERINGKAT PUSAT TANGGUNGJAWAB PEJABAT BURSAR | PEJABAT BURSAR
» BERITA » PENILAIAN KENDIRI EKSA PERINGKAT PUSAT TANGGUNGJAWAB PEJABAT BURSAR

PENILAIAN KENDIRI EKSA PERINGKAT PUSAT TANGGUNGJAWAB PEJABAT BURSAR

SERDANG, 15 DISEMBER 2023 - Pengekalan konsep dan keteraturan berkaitan EKSA perlu dikekalkan oleh semua warga Pejabat Bursar walaupun tiada pertandingan tersebut diadakan pada tahun ini. Sehubungan dengan itu, seperti tahun sebelumnya, penilaian kendiri EKSA masih dilaksanakan di peringkat PTJ bagi  memastikan semua kriteria yang ditetapkan dipatuhi oleh PTJ yang akan bertanding di mana markah keseluruhan penilaian kendiri ini adalah sebanyak 40% daripada markah keseluruhan penilaian.

Maka pada 5 dan 6 Disember yang lalu, telah diadakan proses penilaian kendiri EKSA di Pejabat Bursar yang diadili oleh 3 orang staf PTJ lain iaitu :

  1. Encik Mohd Dinul Syahidi bin Sabardin iaitu jurutera di Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset
  2. Encik Wan Muhammad Isam bin Wan Ismail iaitu penolong juruaudit di Bahagian Audit Dalam
  3. Puan Azriza binti Azizan iaitu pembantu tadbir di Bahagian Hal Ehwal Pelajar

 

Penilaian kendiri ini meliputi keseluruhan aspek yang ditetapkan oleh kriteria EKSA di mana pihak auditor telah dimaklumkan melalui pembentangan slaid oleh Puan Bursar dan lawatan di buat di 3 lokasi iaitu Pejabat Bendahari 1, Pejabat Bendahari 2 , Pejabat Bendahari 3, Seksyen Kewangan Fakulti Perubatan Veterinar serta di Bahagian Kewangan Pengurusan Operasi Berpusat (Bpob)

Penilaian yang berakhir pada 6 Disember ini berjaya mendapat pemerhatian yang baik daripada pihak auditor dengan pemberian markah sebanyak 99.46% dengan beberapa cadangan penambah baikan. Tahniah di atas usaha dan komitmen semua pihak di dalam menjayakan penilaian kendiri ini.

Tarikh Input: 30/12/2023 | Kemaskini: 30/12/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDDAz~