PENJUALAN NOMBOR PENDAFTARAN KHAS DENGAN PREFIKS ‘UPM” JULUNG KALI DI UPM | PEJABAT BURSAR
» BERITA » PENJUALAN NOMBOR PENDAFTARAN KHAS DENGAN PREFIKS ‘UPM” JULUNG KALI DI UPM

PENJUALAN NOMBOR PENDAFTARAN KHAS DENGAN PREFIKS ‘UPM” JULUNG KALI DI UPM

SERDANG , 07 Oktober 2020 – Inisiatif Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjana pendapatan sekaligus mengurang kan kebergantungan kepada geran kerajaan telah dibuktikan dengan pelancaran penjualan nombor pendaftaran khas kenderaan dengan prefix “UPM”.

Selaras dengan slogan ‘Bida, Beli dan Berbakti’, UPM sasarkan penjualan kepada mereka yang ingin menyumbang kepada Universiti terutama alumni UPM, staf, individu dan organisasi luar. Inisiatif ini juga merupakan platform yang digunakan oleh Universiti untuk membuat jaringan kerjasama dengan pihak luar bagi mendapatkan sumbangan dan dana endowmen demi kelangsungan aktiviti teras Universiti.

Bertempat di Dewan Taklimat UPM, majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti (UPM), YAM Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dan Bursar UPM, Datuk Zulkiflee Othman selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Induk Nombor Pendaftaran Khas UPM.

Sebanyak 9,999 nombor pendaftaran khas akan ditawarkan bermula dengan UPM 1 sehingga UPM 9999 dalam tempoh tiga tahun.  Pembida boleh membuat bidaan melalui laman web putrabid.upm.edu.my bermula 12.00 tengahari hari ini dengan bidaan bermula dari RM1,000 sehingga RM150,000. Hasil jualan tersebut, UPM menyasarkan jumlah penjualan adalah sebanyak RM14 juta ringgit.

Kategori jualan nombor pendaftaran terbahagi kepada 5 iaitu Super Platinum, Platinum, Gold, Silver dan Bronze. Keputusan bidaan boleh diketahui selepas 7 hari daripada tarikh bermulanya bidaan.

 

Tarikh Input: 19/10/2020 | Kemaskini: 20/11/2020 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDHAf~