PENYERTAAN PEJABAT BURSAR DI DALAM ACARA SUKAN SUSTAF 2023 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » PENYERTAAN PEJABAT BURSAR DI DALAM ACARA SUKAN SUSTAF 2023

PENYERTAAN PEJABAT BURSAR DI DALAM ACARA SUKAN SUSTAF 2023

SERDANG, 23 Julai - Kejohanan Sukan Staf UPM 2023 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF yang dilaksanakan bermula pada 10 Julai 2023 hingga 30 Julai 2023 akan mempertandingkan sebanyak 12 acara sukan.

Kejohanan SUSTAF UPM 2023 ini merupakan acara tahunan bertujuan memupuk semangat kesukanan dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama staf di samping menerapkan amalan budaya hidup sihat dalam kalangan staf universiti serta menjalinkan perpaduan sesama kaum

Pejabat Bursar juga tidak terkecuali untuk menghantar wakil dalam setiap acara. Setakat 23 Julai 2023, Pejabat Bursar telah menjadi Juara untuk acara Bola Tampar Lelaki dan Perbarisan yang mana masing-masing mengutip sebanyak 9 mata. Naib Johan untuk acara Dart dan Badminton sebanyak 7 mata setiap satu, Berjaya ke separuh akhir pula bagi acara Bola Tampar Wanita, Futsal Wanita dan Lelaki serta Petanque yang mana mengumpul 5 mata bagi tiap acara dan memperolehi tempat ketujuh bagi pertandingan catur yang mengutip sebanyak 1 mata. Jumlah keseluruhan mata terkumpul bagi Pejabat Bursar sertakat 23 Julai adalah sebanyak 53 mata.

Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh peserta dan Pejabat Bursar khususnya di atas semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta dan penyokong sehingga berjaya menjulang tempat yang baik di dalam setiap acara yang disertai. InsyaAllah bakal mengutip lagi mata untuk beberapa acara yang masih belum berlangsung sehingga 30 Julai 2023 nanti.

 

Tarikh Input: 28/07/2023 | Kemaskini: 28/07/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDAAh~