PROGRAM @DMIN SANJUNGAN BUDI BERSAMA DATO’ ZULKIFLEE BIN OTHMAN | PEJABAT BURSAR
» BERITA » PROGRAM @DMIN SANJUNGAN BUDI BERSAMA DATO’ ZULKIFLEE BIN OTHMAN

PROGRAM @DMIN SANJUNGAN BUDI BERSAMA DATO’ ZULKIFLEE BIN OTHMAN

SERDANG, 27 Ogos 2021 -  Persatuan Pentadbir UPM (PPUPM) dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah mengadakan Program @dmin Sanjungan Budi Bersama Dato’ Zulkiflee bin Othman iaitu Tuan Bursar Universiti Putra Malaysia sempena persaraan beliau pada 15 September 2021.  Disebabkan masih berada di dalam tempoh Pandemik Covid- 19, program telah diadakan secara maya melalui aplikasi ‘zoom’ dan boleh ditonton secara langsung melalui facebook dan Youtube .

Program telah  dimulai dengan nyanyian Lagu Putra Gemilang dan  bacaan doa oleh Ustaz Mohd Alif Mursyid bin Husry dari Pusat Islam  serta disusuli dengan ucapan aluan pengerusi majlis selaku Presiden Persatuan Pegawai  Universiti Putra Malaysia (PPUPM) Encik Zuhaimi bin Abd Rahim.

Sepanjang program diadakan, maklumat-maklumat ringkas berkenaan dengan tuan Bursar telah dipertontonkan. Bermula dari hari kelahiran beliau, zaman persekolahan, zaman belajar di universiti dalam dan luar negara serta zaman bekerja sehingga kini. Pengalaman selama 33 tahun berkhidmat di Universiti Putra Malaysia (UPM) amat mematangkan beliau di mana beliau telah berkhidmat di bawah pimpinan lapan (8) orang Naib Canselor UPM.

Selain daripada itu, kenangan – kenangan terindah tuan Bursar , cabaran pengurusan beliau dalam menghadap Pandemik Covid 19 serta insiatif-inisiatif dalam membantu Pelajar ASNAF melalui Program Rakan Bakti Putra (RBP) juga telah  dimuatkan di dalam program tersebut.

Diantara Darjah Kebesaran yang telah beliau perolehi adalah :

  • 2009 –            Darjah kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah ( S.I.S)
  • 2019 –             Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Dato’
  • 2021 –             Tokoh Pentadbir MASTI

Dipenghujung acara, beliau telah memberikan pesanan kepada semua pegawai bahawa dalam hidup haruslah memegang teguh pada prinsip “ Ilmu, Amal dan Tawakal “

Terima kasih atas sumbangan – sumbangan dan inisiatif-inisiatif daripada Dato’ Bursar sepanjang tempoh perkhidmatan di Pejabat Bursar, UPM. Semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang berlipat ganda kepada Dato’. Amin Ya Rabbal Alamin

 

Tarikh Input: 31/08/2021 | Kemaskini: 31/08/2021 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXETSAj~