PROGRAM KESEDARAN BAHAYA PENCEMARAN PLASTIK DAN PENTINGNYA KITAR SEMULA RECYCLING@U BERSAMA PEJABAT BURSAR | PEJABAT BURSAR
» BERITA » PROGRAM KESEDARAN BAHAYA PENCEMARAN PLASTIK DAN PENTINGNYA KITAR SEMULA RECYCLING@U BERSAMA PEJABAT BURSAR

PROGRAM KESEDARAN BAHAYA PENCEMARAN PLASTIK DAN PENTINGNYA KITAR SEMULA RECYCLING@U BERSAMA PEJABAT BURSAR

Serdang, 14 September 2023 – Sememangnya berbasikal merupakan salah satu aktiviti sukan yang menyihatkan dan memberikan kesegaran badan pada penggemar sukan ini. Jawatankuasa Kelestarian Hijau, Pejabat Bursar sangat berbesar hati menerima jemputan daripada Dr. Nurul Izza Ab Ghani selaku Ketua Program R@U untuk mengadakan satu program bersama Bahagian Kewangan Pengurusan Operasi Berpusat (BPOB) pada 14 September 2023 sebagai salah satu aktiviti kempen kesedaran dalam usaha menyedarkan masyarakat akan bahaya pencemaran plastik dan mempromosikan aktiviti kitar semula plastic.

 

Program Recycling@U (R@U) dengan kerjasama Coca-Cola Malaysia ini telah sampaikan oleh Ketua Jabatan Biologi, Fakulti Sains, iaitu Prof. Ahmad Ismail yang merupakan pengurus projek bersama pelajar dari fakulti tersebut untuk menjadikan kampus sebagai zon berbasikal serta menyemai gaya hidup yang lebih aktif.

 

Dianggarkan seramai 25 orang warga Pejabat Bursar yang menyertai program ini di Bahagian Kewangan Pengurusan Operasi Berpusat (BPOB) dan telah melengkapkan soalan kaji selidik bertajuk “Kesedaran Bahaya Pencemaran Plastik dan Pentingnya Kitar Semula Recycling@U bersama Kakitangan UPM” serta menerima cenderahati daripada pihak R@U selepas kaji selidik dilengkapkan. Turut hadir ialah Ketua Bahagian BPOB iaitu Puan Junaida Adan. 

 

Pihak R@U turut membincangkan kesinambungan aktiviti kempen kesedaran R@U yang boleh dilaksanakan secara berterusan bersama Jawatankuasa Kelestarian Hijau, Pejabat Bursar. Sesi soal jawab dan fotografi bersama R@U mengakhiri program pada petang ini.

 

  

Tarikh Input: 17/09/2023 | Kemaskini: 17/09/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDGAv~