PROGRAM PROFINOF 2023 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » PROGRAM PROFINOF 2023

PROGRAM PROFINOF 2023

SERDANG, 22 Ogos 2023 -  Kemuncak kepada program anjuran bersama Akademi Kepimpinan Pegajian Tinggi (AKEPT dan Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun ini ialah

"Program Professional Finance for Non Finance" yang berlansung selama 2 hari di Hotel Everly Putrajaya bermula pada 21-22 Ogos 2023.

 

Program dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pegajian Tinggi (AKEPT) ini adalah disasarkan kepada kumpulan Pengurus Bukan Kewangan (Non-Finance Manager) di dalam usaha untuk membantu pihak pengurusan tertinggi dan kanan di seluruh Universiti Awam (UA) bagi memahami dan menghayati pengurusan kewangan yang terbaik termasuk amalan terbaik yang boleh dilaksanakan di UA masing-masing. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah AKEPT iaitu Dato’ Prof. Dr. Nasrudin bin Mohammed di mana beliau telah menyampai hasrat AKEPT terhadap penerimaan program ini dan seterusnya modul yang dibangunkan oleh Pejabat Bursar UPM.

 

Program ini dimulakan dengan sesi pembentangan 5 tajuk pengurusan kewangan yang disampaikan dalam bentuk forum ringkas oleh empat panel iaitu Puan Siti Amira Shukor, Puan Mazitah Ahmad, Encik Mohd Akhi Abu Bakar dan Puan Nur Asriati Jasmi. Pembentangan dan forum yang dikelolakan oleh moderator iaitu Puan Noraini Abdullah berjaya menyampaikan semua topik dengan baik dan memberi manfaat kepada semua peserta. Pada sebelah petang Isnin 21 Ogos 2023, 2 pembentangan berasingan yang disampaikan oleh Puan Ana Azrin Ahmad dengan tajuk Perolehan Memacu Pengajaran dan Penyelidikan serta penyampaian oleh Puan Yusnawati Mat Isa dengan tajuk Ketelusan dan Akauntabiliti Dalam Pembayaran turut mendapat perhatian yang serius daripada para peserta melalui penyertaan aktif semasa sesi soalan kuiz di hujung pembentangan .

 

Sementara itu, Sesi Forum Universiti Awam & Syarikat: Strategi dan Sinergi Pendanaan turut diadakan bersama panel jemputan iaitu Ahli Lembaga Pengarah Universiti UPM, Dato’ Dr. Hasan Mad, Pengarah Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape), Datuk Prof. Dr. Muhammad Hussin dan Bendahari Universiti Malaya (UM), Wan Mohd Sofi Wan Mustapha. Dalam sesi forum tersebut, antara isu dibincangkan ialah mekanisme bagi meningkatkan kelestarian kewangan untuk mencapai matlamat kemampanan kewangan melalui penjanaan dana serta memberi solusi  kepada UA untuk mengurangkan kebergantungan dana kerajaan melalui penjanaan sumber pendapatan dalaman. Peserta juga telah diberi peluang untuk menyertai sesi perbincangan kumpulan untuk menilai keupayaan peserta untuk mencakna dan menghayati keseluruhan inti pati program ini

Sebagai penutup, Bursar UPM, Izariahwati Mohd Isa berkata, beliau berharap melalui program ini ianya memberi pengetahuan kepada pentadbir pusat tanggungjawab (PTJ) UA supaya dapat melihat secara menyeluruh berkenaan proses asas kewangan. Beliau turut menekankan kepentingan pengetahuan kewangan kepada para pengurusan tertinggi bagi memastikan kecekapan pengurusan dan mengelakkan pemerhatian pihak audit atau pihak berkuasa yang lain.

Album Facebook

 

Tarikh Input: 26/08/2023 | Kemaskini: 17/09/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDFAJ~