PROGRAM SEDEKAH JUMAAT BULAN FEBRUARI 2025 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » PROGRAM SEDEKAH JUMAAT BULAN FEBRUARI 2025

PROGRAM SEDEKAH JUMAAT BULAN FEBRUARI 2025

SERDANG, 28 Februari 2025 - Program Sedekah Jumaat yang dilaksanakan setiap minggu pada bulan Februari 2025 telah berjaya menarik perhatian ramai, dengan penerimaan yang sangat baik daripada staf yang bertugas di Bangunan Canselori Putra dan yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan daripada PTJ yang berada di bangunan ini.  Program ini telah berlangsung pada tarikh-tarikh berikut iaitu 7 Februari, 14 Februari, 21 Februari, dan 28 Februari 2025.

Makanan percuma telah disediakan dan ditempatkan di ruang khas Sedekah Jumaat di foyer Bangunan Canselori Putra. Semua individu dijemput untuk mengambil makanan yang disediakan dan turut berpeluang memberi sumbangan untuk menjayakan program ini samada dalam bentuk wang ringgit atau makanan. Puan Zainon dan Cik Maizurida merupakan staf utama yang menguruskan penyediaan makanan setiap minggu, memastikan kelancaran program berjalan dengan baik.

Program ini dimulakan pada jam 7.45 pagi dan akan berterusan sehingga makanan habis. Setiap minggu, anggaran seramai 80 orang telah mengambil bahagian dalam mendapatkan makanan. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada yang memerlukan, tetapi juga mengeratkan hubungan dan semangat kebersamaan di kalangan staf di bangunan Canselori Putra dan sekitarnya.

Semoga program ini terus berjalan dengan lancar dan memberi impak positif kepada semua yang terlibat, serta menjadi satu amalan yang memberi pahala dan kebaikan.

 

Tarikh Input: 28/02/2025 | Kemaskini: 28/02/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
W, (03:44:19am-03:49:19am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]