PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2023 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2023

PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2023

SERDANG - 16 Ogos 2023 : Program Semarak Merdeka merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah dan menjadi program wajib menjelang hari kemerdekaan. Seperti kebiasaannya, Pejabat Bursar tidak akan ketinggalan untuk menyertai program ini dengan persediaan rapi hasil gabungan usaha dan idea daripada semua staf jabatan.

Pada 16 Ogos 2023, 8 orang juri telah hadir ke  ruang legar Read@Bursar, Pejabat Bursar pada pukul 4.30 petang bagi membuat penilaian aktiviti yang dilaksanakan oleh Pejabat Bursar di dalam pertandingan Kibar Jalur Gemilang sempena program Semarak Merdeka.  Program ini yang diadakan sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 66 pada 31 Ogos 2023 nanti akan disertai oleh 31 buah pusat tanggungjawab. Staf Pejabat Bursar telah bertungkus-lumus membuat persediaan projek merdeka sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pertandingan berlangsung. Beberapa hasil kreativiti telah disediakan oleh staf Pejabat Bursar seperti banner logo hari kemerdekaan yang ke 66 iaitu Malaysia Madani dengan menggunakan cap tangan semua staf Pejabat Bursar dan beberapa hasil lain yang menggunakan barangan terpakai dan diolah menjadi bendera, payung dan lain-lain lagi.

Seramai 6 orang juri dan 2 orang juri pemerhati telah datang untuk memberikan penilaian terhadap hasil kreativiti Pejabat Bursar. Selain daripadaa itu, staf Pejabat Bursar juga telah mempersembahkan satu sketsa lakonan dan nyanyian pada program tersebut.

Pejabat Bursar merupakan juara Pertandingan Jalur Gemilang bagi tempoh 2 tahun berturut-turut. Diharapkan tahun 2023 juga Pejabat Bursar kekal menjadi juara.

 

         

Tarikh Input: 27/08/2023 | Kemaskini: 27/08/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFCWAC~