‘RAYA GIFT’ KSKB 2020 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » ‘RAYA GIFT’ KSKB 2020

‘RAYA GIFT’ KSKB 2020

SERDANG-26 JUN 2020: Setiap tahun, Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pejabat Bursar diadakan dengan meriah dengan sambutan dibuat samada di dalam atau di luar kampus mengikut kesesuaian. Walau bagaimanapun, selaras dengan langkah untuk membendung penularan wabak Covid-19 di kalangan masyarakat Malaysia umumnya dan Pejabat Bursar khasnya, program tahunan tersebut bagi tahun 2020 bersama ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Bursar (KSKB) tidak dapat dilakukan pada tahun ini. Walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak dapat dilakukan, Ahli Jawatankuasa KSKB tetap mengambil inisiatif dengan memberikan sumbangan ‘Raya Gift’ kepada semua ahli KSKB sempena menggantikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang tidak dapat dilaksanakan.

Ahli Jawatankuasa KSKB telah menyediakan ‘Raya Gift’ berupa set ‘Microwaveable Round Click To Go Tupperware’ berserta sebiji kek dan keychain yang diagihkan pada 26 Jun 2020 kepada semua 165 ahli KSKB yang berdaftar. Dato' Bursar selaku penaung KSKB turut melahirkan rasa bertuah dan bersyukur kerana masih dapat merasai kemeriahan sambutan walaupun agak berbeza seperti sebelum ini.


Semoga dengan pemberian ‘Raya Gift’ ini, sedikit sebanyak dapat menggembirakan dan menceriakan hati semua ahli KSKB terutamanya yang tidak dapat pulang ke kampung halaman menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga disebabkan tiada kelulusan untuk merentas negeri berikutan wabak Covid 19. Marilah kita sama sama berdoa semoga wabak ini berjaya ditangani dengan segera dan kita dapat menjalani kehidupan dengan rasa selamat. Sehingga itu, semoga kita tabah untuk menjalani kehidupan dengan norma baharu.

Staysafe
#Kitajagakita   

Pautan gambar

Tarikh Input: 08/07/2020 | Kemaskini: 06/12/2020 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDAAI~