REDHA DAN PASRAH: STAF PEJABAT BURSAR YANG MEWAKILI UPM KE KEJOHANAN PETANQUE DOUBLE JEMPUTAN HANYA REDHA | PEJABAT BURSAR
» BERITA » REDHA DAN PASRAH: STAF PEJABAT BURSAR YANG MEWAKILI UPM KE KEJOHANAN PETANQUE DOUBLE JEMPUTAN HANYA REDHA

REDHA DAN PASRAH: STAF PEJABAT BURSAR YANG MEWAKILI UPM KE KEJOHANAN PETANQUE DOUBLE JEMPUTAN HANYA REDHA

Serdang, 11 Februari 2023 – Kelab Petanque Gombak dan Persatuan Petanque Daerah Gombak (PETGOM) secara bersama telah menganjurkan Kejohonan Petanque Double Jemputan yang mana telah melibatkan sejumlah tiga puluh dua (32) kumpulan yang mana hanya terbuka kepada peserta di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya sahaja dan telah diadakan di Arena Petanque, Univeristi Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Gombak, Kuala Lumpur. Mengikut syarat yang ditetapkan oleh penganjur, kejohanan ini adalah secara “Double Terbuka” yang bermaksud satu kumpulan adalah terdiri daripada dua orang peserta tanpa mengira jantina dan diadakan secara “Double Knock Out” yang membawa maksud bagi seperti setiap kumpulan yang menang dua kali tanpa kalah adalah Johan kumpulan dan kumpulan yang menjadi Johan dan Naib Johan Kumpulan akan bergerak ke peringkat seterusnya. Melalui senarai peserta tersebut, terdapat beberapa kumpulan yang mewakili agensi masing-masing seperti Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta dua (2) kumpulan telah mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi memberikan saingat hebat kepada peserta-peserta lain. Antara lain, kejohanan ini juga turut disertai oleh kelab petanque seperti Setia Alam Petanque Club (SAPC) serta gabungan beberapa peserta-peserta individu bagi membentuk satu kumpulan.

 

Satu (1) kumpulan yang mewakili UPM adalah terdiri daripada staf Pejabat Bursar sendiri iaitu Encik Mohd Asri Bin Abdullah dan Encik Mohamad Halim Bin Mohamad Wahab yang mana merupakan antara staf yang sering mewakili Pejabat Bursar khususnya dalam Kejohanan Petanque yang diadakan di dalam dan juga di luar UPM. Untuk rekod, ini adalah kali kedua Encik Mohd Asri dan Encik Mohamad Halim berada dalam satu kumpulan yang sama setelah berpasangan pada Kejohanan Petanque Terbuka UPM (Petanque Double Open Championship) yang diadakan pada 7-8 Januari 2023 anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM yang mana telah berjaya melepasi peringkat kumpulan dan seterusnya layak untuk ke pusingan kedua iaitu pada peringkat 32 kumpulan terbaik. Pada kejohanan ini pula, satu kumpulan yang mewakili UPM telah tewas pada peringkat awal manakali satu lagi kumpulan telah melayakkan diri sehingga ke peringkat suku akhir. Secara keseluruhan, kejohanan ini telah diungguli oleh ATM dengan menerima hadiah tunai sebanyak RM500.00 manakala GKK pula tewas di peringkat akhir dan menduduki tempat kedua secara keseluruhan dengan hadiah tunai sebanyak RM300.00. Diharapkan kejohanan seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan bagi memastikan sukan seperti ini terus dibarisi pelapis-pelapis hebat di masa hadapan.

 

Tarikh Input: 23/02/2023 | Kemaskini: 23/02/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDJAX~