RHB DYNAMIC DUITNOW QR (DNQR) SOUNDBOX - BANTU PERANGI EKSPLOITASI PEMBAYARAN OLEH PELANGGAN | PEJABAT BURSAR bursar
» BERITA » RHB DYNAMIC DUITNOW QR (DNQR) SOUNDBOX - BANTU PERANGI EKSPLOITASI PEMBAYARAN OLEH PELANGGAN

RHB DYNAMIC DUITNOW QR (DNQR) SOUNDBOX - BANTU PERANGI EKSPLOITASI PEMBAYARAN OLEH PELANGGAN

SERDANG, 3 Julai – Isu penipuan pembayaran secara QR semakin mendapat perhatian dalam era pendigitalan kewangan. Walaupun kaedah ini mudah dan pantas, terdapat beberapa kelemahan yang boleh dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab . Lanjutan daripada itu, Pejabat Bursar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan inisiatif baharu dengan memperkenalkan penggunaan RHB Dynamic DuitNow QR (DNQR) Soundbox lengkap dengan pad kekunci di beberapa lokasi kampus sebagai langkah mempertingkat keselamatan dan kecekapan dalam urus niaga kewangan.

Peranti ini merupakan teknologi inovatif yang membolehkan transaksi dilakukan menggunakan kod QR dengan lebih mudah, cepat dan selamat. Ia dilengkapi dengan sistem maklum balas suara serta paparan visual yang memberi pengesahan segera terhadap setiap transaksi yang berjaya dilakukan. Ini sekaligus mengurangkan risiko penipuan, kesilapan manusia dan kekeliruan dalam pembayaran tanpa tunai.

Fungsi kalkulator terbina dalam membolehkan jumlah pembayaran dikira secara terus, menjadikannya lebih praktikal untuk perniagaan yang melibatkan jumlah transaksi yang besar seperti perniagaan makanan dan minuman (F&B) serta peruncitan. Ia turut membantu mempercepatkan proses pembayaran dan meningkatkan kepuasan pelanggan.

Setakat ini, lima lokasi di sekitar UPM telah mengaplikasikan penggunaan Dynamic DNQR Soundbox iaitu di Putramart, L’apprenti Restaurant & Deli, Hospital Veterinar Universiti (UVH), Kolam Renang UPM dan Ladang Bersepadu, Ladang 10. UPM komited untuk terus menyokong transformasi digital sejajar dengan perkembangan teknologi kewangan semasa.

      

Tarikh Input: 04/07/2025 | Kemaskini: 04/07/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (08:23:35pm-08:28:35pm, 04 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]