SAMBUTAN MEGARAYA BURSAR UPM 2025 “MERIAH, MESRA & BERSATU” | PEJABAT BURSAR bursar
» BERITA » SAMBUTAN MEGARAYA BURSAR UPM 2025 “MERIAH, MESRA & BERSATU”

SAMBUTAN MEGARAYA BURSAR UPM 2025 “MERIAH, MESRA & BERSATU”

Serdang, 24 April 2025 – Suasana meriah dan penuh kemesraan jelas terasa di ruang legar pejabat Bursar apabila Kelab Sukan dan Kebajikan Bendahari (KSKB) berjaya menganjurkan Sambutan Megaraya Bursar UPM 2025 secara serentak dengan PTJ lain selaras dengan sambutan peringkat UPM. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang begitu meriah dengan kunjungan staf dari PTJ lain di UPM saling ziarah menziarahi sesuai dengan konsep sambutan megaraya pada tahun ini.

Bertemakan “Meriah, Mesra & Bersatu”, sambutan ini bukan sahaja menonjolkan keindahan tradisi Hari Raya Aidilfitri, malah turut memperkukuh silaturrahim sesama warga kerja UPM. Kawasan ruang legar telah dihiasi sehari sebelum majlis ialatu pada 23 April 2025 dengan dekorasi bertemakan sambutan dalam suasana kampung serta ditambah dengan penyediaan sudut bergambar yang kreatif menambahkan lagi keceriaan menceriakan suasana sambutan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan kata alu-aluan daripada Pengerusi KSKB dan diteruskan dengan ucapan Puan Izariahwati Mohd Isa selaku Bendahari. Beliau merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa yang terlibat kerana berjaya merealisasikan sambutan pada hari tersebut. Selain itu, beliau juga turut mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf Zahir dan batin kepada semua staf dan berharap supaya semua staf dapat meraikan smabutan pada hari tersebut dengan gembira sambil  mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan staf Pejabat Bursar.

Sempena sambutan tersebut, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti:

  • Peraduan teka susun atur tin minuman;
  • Pertandingan Pakaian Raya Tercantik;
  • Cabutan bertuah dengan hadiah menarik; dan
  • Sesi Photoshoot 360

Majlis ini juga diserikan dengan sesi bergambar dan gelak tawa para tetamu yang hadir, menjadikannya kenangan indah buat semua yang terlibat. Sambutan ini bukan sekadar acara perayaan, tetapi juga platform yang berkesan dalam membina budaya kerja positif serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga UPM.

Megaraya Bursar 2025 membuktikan komitmen UPM dalam memupuk nilai murni seperti kesepaduan, penghargaan dan kesejahteraan dalam persekitaran kerja.

Tarikh Input: 30/04/2025 | Kemaskini: 30/04/2025 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (01:51:30am-01:56:30am, 03 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]