SANTAI BOLING BERSAMA NAIB CANSELOR-PENYERTAAN PEJABAT BURSAR | PEJABAT BURSAR
» BERITA » SANTAI BOLING BERSAMA NAIB CANSELOR-PENYERTAAN PEJABAT BURSAR

SANTAI BOLING BERSAMA NAIB CANSELOR-PENYERTAAN PEJABAT BURSAR

Serdang- 23 Februari 2024 : Walaupun berdepan dengan tugas yang mencabar setiap hari, ditambah pula dengan bebanan yang dihadapi saat permulaan penggunaan sistem baharu, setiap staf masih perlu meluangkan masa untuk beriadah demi melepaskan tekanan dan bebanan tersebut. Oleh itu, cabaran disahut oleh beberapa staf Pejabat Bursar bagi mewakili jabatan di dalam acara Santai Boling Bersama Naib Canselor bertempat di Wangsa Bowl, IOI City Mall, Putrajaya pada 18 Februari 2024

Acara yang bermula pada jam 2.00 petang dan berlansung selama 4 jam itu menyaksikan pertandingan sengit antara 11 Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang diwakili oleh 5 orang setiap PTJ dan dirasmikan oleh Y.bhg Datuk Naib Canselor sendiri. Acara ini turut dimeriahkan dengan penyertaan daripada semua ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU)

Pejabat Bursar yang diwakili oleh Encik Mohd Asri bin Abdullah, Encik Muhamad Halim bin Muhamad Wahab,Puan Nur Ezrin binti Abdol Rahim, Puan Nor Azima binti Malek dan diketuai oleh Puan Bursar iaitu Puan Hajjah Izariahwati binti Mohd Isa

Perjuangan bagi merentap gelaran juara akhirnya membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan mata terkumpul sebanyak 1395 pin meninggalkan naib juara yang diwakili oleh Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset dengan perbezaan mata jatuhan pin sebanyak 18 sahaja sementara tempat ketiga dimenangi oleh Pejabat Pendaftar dengan pin sebanyak 1358. Perbezaan mata yang agak sengit membuktikan bahawa setiap kumpulan telah memberikan yang terbaik untuk jabatan masing-masing dan kemenangan ini memberikan petanda bahawa riadah juga merupakan bentuk dan cara komunikasi yang baik sesama staf jabatan demi kelansungan ukhwah di dalam PTJ tersebut

Diharapkan agar aktiviti seperti ini boleh dilaksanakan sebagai acara tahunan disamping merapatkan jurang komunikasi dan pergaulan antara golongan pengurusan dan staf

Tarikh Input: 25/02/2024 | Kemaskini: 29/02/2024 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXEbVAh~