SELAMAT BERSARA CHE LAH | PEJABAT BURSAR
» BERITA » SELAMAT BERSARA CHE LAH

SELAMAT BERSARA CHE LAH

SERDANG, 03 Oktober 2023 – Satu majlis minum petang telah diadakan di Bahagian Kewangan Pengurusan Operasi Berpusat (BPOB) bagi memberi penghargaan kepada  En. Abdullah b. Yaakob sempena persaraan beliau pada 14 Januari 2024. Majlis penghargaan tersebut diadakan lebih awal kerana beliau akan bercuti awal mulai 04 Oktober 2023.

Majlis ringkas tersebut dihadiri oleh Puan Bursar, Pn. Izariahwati bt. Mohd Isa, Timbalan Bendahari Kanan, En. Yusri b. Hashim, para pegawai BPOB, juga teman-teman sekerja beliau. Majlis dimulai dengan ucapan oleh Pn. Izariahwati bt. Mohd Isa. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Abdullah b. Yaakob atas sumbang bakti beliau selama 38 tahun berkhidmat di Pejabat Bursar, UPM. Seterusnya diikuti ucapan-ucapan ringkas dari En Yusri b. Hashim dan rakan-rakan sekerja beliau, berkongsi pengalaman dan kenangan selama tempoh bekerja bersama. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada En. Abdullah b. Yaakob, berkongsi pengalaman pahit manis selama 38 tahun beliau berkhidmat di Pejabat Bursar. Beliau menyatakan ribuan terima kasih atas segala tunjuk ajar dan memohon maaf sekiranya ada salah dan silap selama beliau berkhidmat di sini.

Majlis seterusnya diikuti dengan pemberian hadiah oleh Kelab Kebajikan Sukan Dan Bendahari (KSKB) dan hadiah-hadiah dari seksyen kewangan yang lain. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh En. Mohd Hafiz b. Amrullah, mendoakan kesejahteraan ke atas beliau dan perjalanan menuju fasa baru di alam persaraan kelak.

Terima kasih diucapkan kepada seksyen-seksyen kewangan yang menyumbangkan menu minuman petang pada majlis tersebut. Didoakan semoga En. Abdullah b. Yaakob sentiasa diberkati dengan kesihatan berpanjangan dan bertenang menjalani persaraan yang bakal mendatang.

 

 

Tarikh Input: 19/10/2023 | Kemaskini: 19/10/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDKAA~