SEMARAK MERDEKA 2024 - KECERIAAN PEJABAT BURSAR TESERLAH | PEJABAT BURSAR bursar
» BERITA » SEMARAK MERDEKA 2024 - KECERIAAN PEJABAT BURSAR TESERLAH

SEMARAK MERDEKA 2024 - KECERIAAN PEJABAT BURSAR TESERLAH

SERDANG - 15 Ogos 2024 : Program Semarak Merdeka 2024 anjuran Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSAAS) telah menawarkan tiga jenis pertandingan iaitu, Koir Merdeka Inter PTJ, Sayembara Puisi Merdeka Inter PTJ dan Kibar Jalur Gemilang inter PTJ sempena bulan Kemerdekaan Negara kali ke-67. Pejabat Bursar turut menyertai pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter PTJ pada tahun ini dan pengadilan diadakan pada 14 Ogos 2024 bertempat di Bahagian Kewangan Pengurusan Operasi Berpusat (BPOB), iaitu tempat yang berasingan daripada PTJ lain di Bangunan Canselori Putra, jam 4.40 petang

Kontingen Pejabat Bursar diketuai oleh En. Azizul Syahril Mohd Salleh dan dibantu oleh 35 orang staf daripada pelbagai bahagian dan seksyen. Pertandingan ini telah diadili oleh juri daripada PKKSAAS yang diketuai oleh En. Husalshah Rizal Hussian, En. Khairul Zainal Abidin, En. Adidi Tamin, En. Amirul Iskandar Abdul Razak dan En. Muhamad Risanuddin Fahmy Mohd Nasir serta 10 orang lagi merupakan juri pemerhati juga daripada PKKSAAS.

Pejabat Bursar telah memulakan persembahan dengan syair yang dideklamasikan sendiri secara duo oleh staf Pejabat Bursar iaitu, Cik Wan Rozidayani Wan Mohammad dan Pn. Siti Harlizah binti Rahman. Persembahan seterusnya ialah konsert Merdeka iaitu dendangan lagu-lagu kemerdekaan oleh 50 orang staf Pejabat Bursar yang diketuai oleh Puan Suzanawati Ali dan juga turut disertai oleh Puan Bursar dan Timbalan Bendahari Kanan serta Ketua Bahagian setiap seksyen. Selesai persembahan laungan Merdeka sebanyak 3 kali telah dilontarkan yang diketuai oleh En. Mohd Hafiz Amrullah. Juri telah memberi sedikit ulasan yang positif sebelum melawat booth kemerdekaan yang disediakan oleh staf. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para juri dan program selesai kira-kira jam 5.15 petang

Galeri Gambar

Tarikh Input: 17/08/2024 | Kemaskini: 22/08/2024 | azizal

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6208 / 3515
03-86560160
X, (08:13:36am-08:18:36am, 25 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]