SESI LATIHAN DAN DEMO PENGGUNAAN NAIKTARAF SISTEM E-RO (PERMOHONAN PEMBELIAN) VERSI-2 | PEJABAT BURSAR
» BERITA » SESI LATIHAN DAN DEMO PENGGUNAAN NAIKTARAF SISTEM E-RO (PERMOHONAN PEMBELIAN) VERSI-2

SESI LATIHAN DAN DEMO PENGGUNAAN NAIKTARAF SISTEM E-RO (PERMOHONAN PEMBELIAN) VERSI-2

Serdang, 19 Januari 2023 – eRO merupakan antara sistem sokongan yang digunakan oleh PTJ dan Pejabat Bursar yang diurusguna bersama pihak iDec. Pada 19 Januari 2023, Sesi Latihan Dan Demo Penggunaan Naiktaraf Sistem e-RO (Permohonan Pembelian) Versi-2 telah diadakan secara maya yang disampaikan oleh Puan Huda binti Khairuddin, Pegawai Teknologi Maklumat, IDEC secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom dan Live di Facebook Pejabat Bursar.

Antara objektif taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada semua pengguna sistem eRO (Permohonan Perolehan) berkenaan dengan proses naiktaraf sistem yang telah dibangunkan oleh pihak Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (IDEC) terutamanya bagi muatnaik Dokumen Sokongan Perolehan (sebutharga, sijil berkaitan dan lain-lain), Daftar Serahan Dokumen Pembayaran dan juga Penilaian Prestasi Pembekal. Peserta yang hadir telah memberi maklumbalas yang positif dan turut mencadangkan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan dari masa ke semasa.

Beberapa pertanyaan yang diutarakan oleh peserta mengenai sistem e-RO ini turut dibantu oleh Pegawai Kewangan Bahagian Perolehan untuk memberi penjelasan kepada peserta. Semoga sesi latihan dan demo ini dapat membantu dan melancarkan proses pegawai dan staf yang terlibat dengan penggunaan sistem eRO di PTJ.

 

Tarikh Input: 31/01/2023 | Kemaskini: 31/01/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDIAH~