SESI LATIHAN LANJUTAN PENGGUNAAN SISTEM BAHARU KEPADA STAF PEJABAT BURSAR | PEJABAT BURSAR
» BERITA » SESI LATIHAN LANJUTAN PENGGUNAAN SISTEM BAHARU KEPADA STAF PEJABAT BURSAR

SESI LATIHAN LANJUTAN PENGGUNAAN SISTEM BAHARU KEPADA STAF PEJABAT BURSAR

SERDANG, 6 Februari 2024 - Jawatankuasa Pendigitalan Kewangan Pejabat Bursar berpandangan bahawa sesi latihan lanjutan kepada  warga Pejabat Bursar perlu dilaksanakan bagi mengenalpasti permasalahan dan mengukuhkan pengetahuan kepada warga Pejabat Bursar berkaitan penggunaan Sistem Kewangan Baharu yang terdiri daripada Sistem Putra Finance dan Sistem E-Claims

 

Latihan telah dilaksanakan sebanyak 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang pada 6 Februari 2024 bertempat di Makmal Komputer, Fakulti Perubatan Veterinar dan dihadiri oleh seramai 120 orang staf Pejabat Bursar yang terdiri daripada pelbagai peringkat jawatan dan melaksanakan tugas berkaitan pengurusan perolehan dan pembayaran

 

Latihan lanjutan ini telah disampai oleh 2 orang penceramah iaitu Puan Noraini binti Abdullah dan Puan Yusnawati binti Mat Isa. Puan Noraini telah berkongsi pengetahuan dan maklumat berkenaan penggunaan yang tepat dan betul bagi modul-modul pembelian (purchasing) dan pembayaran (payable) kepada semua pembantu tadbir kewangan, penolong akauntan dan pegawai kewangan serta menerima maklumbalas dan persoalan yang positif untuk penambah baikan pelaksanaan proses di dalam sistem Putra Finance

 

Puan Yusnawati pula menerangkan penggunaan Sistem E-Claims serta kaedah-kaedah mengisi sistem tersebut dengan mengelakkan seberapa banyak error/kesilapan yang boleh dicetuskan oleh sistem. Maklumbalas positif juga diterima daripada warga Pejabat Bursar yang hadir

 

Sesi latihan ini turut dihadiri oleh wakil vendor sistem seramai 3 orang bagi membantu menjawab sebarang pertanyaan daripada warga Pejabat Bursar

Tarikh Input: 21/02/2024 | Kemaskini: 21/02/2024 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDBAy~