SESI LAWATAN PEMATUHAN LHDN KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | PEJABAT BURSAR
» BERITA » SESI LAWATAN PEMATUHAN LHDN KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SESI LAWATAN PEMATUHAN LHDN KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SERDANG - 3 Ogos 2023 :  Selepas beberapa kali sesi lawatan yang dirancang oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)  ke Universiti Putra Malaysia terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, akhirnya sesi ini berjaya dilaksanakan pada 1-3 Ogos 2023. Sebelum itu, pihak UPM dikehendaki menyediakan beberapa dokumen yang berkaitan untuk semakan dan pengesahan pihak LHDN dan berkait dapat dengan pematuhan ini. Satu sesi lawatan pematuhan dan penerangan daripada kepada pegawai-pegawai di UPM yang telah diadakan daripada 1-3 Ogos 2023 bermula jam 10.00 pagi sehingga 4.30 petang.

 

Lawatan ini adalah untuk memberi taklimat mengenai pematuhan dan penerangan berkenaan pengecualian cukai dan pengecualian cukai dua kali yang diluluskan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1997. Sesi taklimat tersebut berlangsung di Dewan Senat, Bangunan Canselori Putra, UPM Serdang dan dihadiri oleh wakil-wakil yang dijemput khas seperti pihak WAZAN, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan lain=lain Pusat Tanggungjawab. Selain sesi taklimat, pihak LHDN juga telah mengadakan lawatan ke Pusat Penyelidikan UPM dan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM. Semua ketua bahagian dan seramai 11 orang pegawai Pejabat Bursar terlibat dengan program ini manakala selebihnya adalah  wakil daripada pusat tanggungjawab.

 

Tujuan dan objektif taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan gambaran, kefahaman dan perkongsian maklumat terhadap Sub Seksyen 44(11D) ACP 1967 iaitu Wakaf dan Endowment.

 

Tarikh Input: 26/08/2023 | Kemaskini: 26/08/2023 | aini_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT BURSAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97696208/ 3504
03-86560160
SXFDIAB~